Monday, December 26, 2011

berubah

dah dekat sebulan menghabiskan masa dengan mak. dalam kata laen, sudah sebulan juga lah aku di rumah. x bekerja. tapi aku bukan menganggur. kat rumah aku pegang banyak jawatan. mak kata aku misi, aku chef, && aku jugak bibik. 

tapi hakikatnya aku hanya memegang satu title; "ANAK" aku adalah seorang anak perempuan sulung yang hanya mempunyai satu emak.

mak aku seorang yang boleh cari duit sendiri walaupn ada seorang suami yang makan gaji. mak aku berniaga. mak aku seorang yang x boleh duduk diam. itu nak buat, ini nak buat. order tu ambil, order ni x boleh tolak. 

tapi ini semua dulu lah. dalam 2 atau 3 bulan dulu.

sekarang, hanya duduk dalam bilik atas katil. jika ada kawan mahupun saudara yang datang melawat juga akan ke bilik. mak x larat nak keluar. duduk x boleh lama.

"mak, walau apa pn yang kita dengan dari doctor, itu hanya teory. kita kene kuat tabah n berusaha kerana keputusan berada di tangan tuhan. insya-Allah mak baik nanti kita boleh pergi bercuti"

Monday, December 12, 2011

assalamualaikum~~~



dah lama dah x log-in sini
tengok tengok kawan kawan kat sini
nak start balik lah
rindu!!




bila ditengok tengok balik, almost half year x tengok blog. blog sendiri mahupun blog orang. rindu. 2 kali dah kata rindu.


last cerita pasal ayah. selamat hari ayah. padahal cerita aku sendiri dah banyak bertukar.


status pn dah berubah. dari student yang gile gile nak siapkan thesis sampai dapat result sampai dah convo dah pn. 
dari belum kerja sampai dah dapat gaji siap print payslips sampai lah dah tulis surat resign. ish ish ish.


cepat masa berlalu. macam macam yang terjadi dalam masa 6 bulan sahaja.


blog pn, bila jalan jalan tadi ada yg masih aktif macam dulu, ada yang duk takuk tu jugak dan ada jugak yang dah tutup.


6 bulan. 


agak-agak 6 bulan lagi apa jadi ngan aku ye??

Sunday, June 5, 2011

you to me are everything~~~

you to me are everything.. ececeh!! aku ulang balik tajuk kat atas tu.. witt witttt (sambil kelip2 mata ala gatal gitu) 

fuhhh!!

selisih malaikat 44 la kalau dalam masa terdekat ni ada nak buat entry ala2 "boleh tuju lagu?" tadeeekkkk

actually, "you to me are everything" ni tajuk movie philipphine. cerita ni okay lah. tapi x ada lah yang sangat menarik dan tertarik pn. just bila dah start tgk, mesti nak taju ending walaupn dah mmg dapat agak kan. cane aku boleh tertengok cerita ni pn entah lah, yang sure petang semalam jam 5pm xd cerita best kat saluran laen. kebetulan cerita ni baru start. so, tgk je lah. kat citra. lagipn dah lama x layan "mahal kitak" ni. asyik duk tgk endon ajeee!! syok punya layan, sampai terlepas "cinta melody" aku.

macam yang aku cakap tadi, nak kata cerita ni best sgt tu x. boleh agak. philipine, malaysia, indonesia.. lebih kurang je jalan cerita. melayu. cuma yang boleh aku cakap, cerita ni kalau nak dibandingkan dengan cerita2 kat malaysia ni, die bawah sikit lah dari cakerama (xsure betul ke tidak nak sebut) kat tv3. kira cerita kira bagus banget dari dorang! 

cerita kisah pasal seorang mamat kaya yang tetibe jatuh miskin sebab bapak die muflis! so, semua harta kene rampas dengan bank. pastu jumpa dengan seorang minah kampung (datang dari pergunungan) perempuan ni instant kaya. tetibe dapat harta warisan daripada bapak die yang baru mati. ooo baru die tahu rupa2 nya bapak dia kaya. nak dijadikan cerita, perempuan tu diberi rumah yang telah dirampas oleh bank dari lelaki tadi.. sangat boleh diagakkan cerita ni? satu malam laki tu mabuk, die lupa balik rumah pmpuan tu. start dari situ dorang jumpa.. pastu pmpuan tu mintak laki tu keje ngan die, pastu bercinta... pastu mmg ada konflik sikit, tapi kompom lah cerita ni happy eding. kawen!! betul x aku cakap tadi, cerita ni melayu..

pompuan ni mmg animal lover taw!

yang x melayu nye cerita ni adalah kerana, peremouan tu punya pet. die punya binatang peliharaan. selalu aku tgk org bela kucen ke, hanjing ke..  ni die boleh bela "SNOWY~~~" manja je cara die panggil biantang tu. memula aku tgk memang menjerit lah. aku rasa ni antara cerita pertama yang aku tgk org bela binatang ni punya sayang. sumpah aku geli. xd deria bau ke hape tah hidong deme ni. 

aku bukan nak kate lah, korang tgk sendiri kay...

aku rasa terhina sebab minat PINK! babi punya babi.
sumpah weh, binatang ni dalam cerita ni macam tuan puteri lah. berkasut, pakai skrit, dengan cermin mata bagai. tempat tidur die pn hebat. kira superb lah layanan binatang ni dapat. siap ada satu pembantu khas untuk jaga dia. ini baru betul-betul fuhhh!! tgk je lah heroin cerita ape punya eksaited dokong dia. boleh kata hampir semua  babak ada si snowy ni. yang paling x tahan bila binatang ni bunyi. eawww~~~~


agak2 kene samak x blog aku nih?? O.EM.GEEE,,,, O.EM.GEEEE (ala2 shuib sepah)

Wednesday, June 1, 2011

bila ramai yang ambil berat tentang kehidupan kita

berdasarkan kepada tajuk kat atas tu, rasa macam konon diri ini amat diambil berat oleh masyarakat sekeliling. padahal, ayat yang paling sesuai adalah "orang keliling suke sebok hal orang" haaaaa!!!! lega dah aku kuar ayat nih. huhuuuu

kalau before ni aku dukung anak orang, aku pergi kenduri sebok orang bertanya "bila lagi, bila lagi kak wa, bila nak kenduri, yong bila pulak" selalu kalau dapat soalan macam ni, mak tolong back-up kan. "hish, masak pn x reti lagi". walaupn agak terasa ngan jawpaan mak, paling tidak aku xpayah nak jawab pape. ikut suke aku lah bila nak kawen. bukan mintak duit kenduri kat korang pn. even aku x kawen sekalipn, bukan kome yang malu ye dak???? aku tahu, sebenarnye dorang ni prihatin. tapi aku mude lagi, anak kome yang gatei kawen awei sangat!! (keluar habis lorat negeri aku)

tapi sekarang laen pulak soalannya. lagi pedih dari yang kawen ni. seolah2 perli pn ade. soalan yang konon2 nye macam aku ni x elok lah. 

DAH KERJA??

peduli apa aku dah keje ke belum. bukan korang yang bagi aku makan. bukan rumah korang aku menumpang. aku x kerja sebab aku belum lagi nak kerja. x salahkan korang, korang mmg prihatin bangettt!!! bila korang tanya dah keje dah?? kalau dijawab "tengah cuti" disoal balik sampai bila.. budak degree cuti sampai bulan 9 lah. apa salahnya kalau aku pn nak cuti sampai september. kalau dijawab "result xkuar lagi" disoal balik dengan "bukan uitm kuar result bulan 5?" -u'all memang amek tahu hal sekeliling, tapi x up-to-date lah.. yang xtahan, siap ada yang persoalkan "bukan dah lama sangat ke kamu cuti??" ini mmg type yang sangat2 prihatin nih!! salute aku. tabik,,,tabik,,, spring lagik!!


memang aku dah duduk dekat rumah mak ayah aku ni (padahal rumah kerajaan) dah lebih setengah tahun. dari oct tahun lepas. tapi sebab aku practical kat kawasan sini. itu dikira study jugak lah makcik. tak paham aku. kenapa korang risau sangat aku yang x keje ni. mak ayah aku pn x bising aku ade je depan mata dorang. bukannya kalau aku keje nanti, aku nak bagi 1% out of my gaji tu kat korang.. xd. xd pernah terfikir pn. kalau betul korang beriya sgt2, meh la bagi keje kat aku!


jujur cakap, bukan aku xnak buat part-time. keje kat kedai2 ke, mane ke.. tapi dah dah pernah kerja. for every semester punya cuti aku dah kerja lah dulu. bagi lah can aku rehat pulak. aku rasa aku xperlu nak explain kat korang kan benda ni. korang siapa??? 


cukuplah kalau korang doakan dengan hati yang ikhlas tentang kerjaya aku kalau korang betul2 prihatin.


sekian saja bebelan saya untuk kali ini.


terima kasih!



Tuesday, May 31, 2011

habis sudah penantian asmara!!

tamat dah cerita asmara... xsuke aku ending ceritanya. ini kira aku punya pendapat sendiri lah. kalau asyik nk menangkan si melati tu jek, bek bagi tajuk melati!!!!

dari episod satu asmara2 aku dah x suke, pastu aku follow gak. sebab bila dah episod 3 4 tu cerita dia macam nak okay. tapi, tetibe je kuar kat iklan, episod akhir. macam terlalu tiba-tiba. senang sangat nak habiskan cerita. mmg ala2 cerita indonlah. aku sebut balik ayat ni. ayat yang pernah aku sebut time episod pertama dulu.

kesimpulan::: "menyesl ku akui, follow cerita ni"

Sunday, May 29, 2011

pengantin remaj lah pulak kan...

sebagai seorang yang berehat dirumah (bukan sebab xnak kerja, tapi belum kerja. hehe) menghabiskan masa di hadapan tv adalah satu perkara yang tidak asing lagi.. hehe

astro tv3 tv9 oasis prima citra semua pn lumba-lumba nak tayang cerita cerita indonesia. saya xd masalah, suka lagi ada. 

tapi sekarang ni dah xd lah muka intan/sekar/cahaya. ataupn naysilla mirdad. kalau tidak muka dia aje. habis dia, dia lagi. kali ni berubah lah sikit.

kalau post before ni, muka elang ataupn randy pangalila yang saya bubuh, sebab syok sgt tgk muka dia cerita 'cinta melodi'. hemsem banget. seronok je tgk. huhuuuu tapi kali ni nak buh pulak ....

pengantin remaja
best cerita ni, xbanyak konflik, xpayah nak sedih2 sakit2 hati. gelak aje.... syokkk... dalam cerite ni seronok kawan die yang tita tu. comel suweet lurus bendul. suke suke. suke!!!


tapi nampaknye xdapat le nak merasa pengantin remaja. turn miza nanti, "pengantin TUA". haha (dalam hati sedih!)

Thursday, May 12, 2011

aku lah pengangur!

lama rasanya x menaip kat sini. sebab tangan or jari ni sekarang seronok duk nak menekan2 remote astro dari keybod lappy nih. macam balas dendam lah. hehehe

maunye x, lama dah rasanya kepala ni xd xd beban. selalunya ada je. haha paham ke kome?? sekarang ni xd nak fikir study. kerja pn belum nak fikir. hehe.. padahal kawan2 yang laen ramai dah yang dah mula kerja.

ikutkan hati nak relax puas2 dulu. bukan apa. b4 ni dari umur 5 tahun duk g kelas. lepas habis zaman kelas, practical pulak. on time kena masuk office dah, lagi straigh dari kelas. kalau class still boleh ponteng lagi. so lepas ni kalau kerja, komitmen tu jadi lagi kuat. so, sekarang ni nak ambek keputusan untuk rehat dulu! sebab, kalau dah start kerja, alamatmya pencen nanti lah baru dapat rehat balik. kecuali time cuti hari buruh lah. hehehehe.. (kira agak kukuh juga kan alasan nih untuk belum nak kerja?)

duk rumah bezzzzz sgt2. tapi yang x bestnya, badan dah naik lembik. bagun tido tgk tv makan tgk tv lagi hgantuk tdo bangun tgk tv lagi. tu je lah duk pusing2. (harap2 xd bakal mertua baca menda ni. kompem rejek!)

duk rumah kali ni ada beza nya jugak dari duk rumah dari sebelum pergi perlis hari tuh. satu, ikan laga ku dah mati. sedih jugak. tapi bak kata mak, nama pn ikan. nyawa-nyawa ikan. tapi dia mati macam nak gaya org. dalam smigu b4 mati tu, makan pn xnak. xd lah kalau paggil tu datang sua mulut nak makan. tapi lepas mati tu, eso lusa mak ganti dengan anak keli. besar2 kelinking. suka suka suka. 
selain dari ikan, dah ada bby baru. si manis! dulu manis ni x macam sekarang. pernah la saya  tulis pasal dia sebelum ni. 

next post lah nak cerita pasal manis. macam mana dia boleh dapat tempat dalam rumah ni.


Thursday, April 28, 2011

the real me

what important for me is "JUJUR"
please dont you ever hiding &&& manipulate. 
really cant accept. 


when this happen, really sorry. cant control my expression and staple a fake smile on my face towards you.


sorry kay. i cant even try!!

Wednesday, April 20, 2011

boleh tempah jubah konvo dah!

dengan berakhirnya latihan practical kat bank rakyat tapah tu, haruslah mengerti bahawasanya riwayat saya sebagai seorang pelajar akan tamat tidak lama lagi. mungkin dengan lebih tepat lagi pangkat atau status itu akan berubah menjadi pengangur!! alahaiiiiii itulah yang paling seram sekali bila dah tamat belajar nih.

tapi bukan senang nak habis kan belajar, bukan setakat tamat practical boleh grad terus. ada yang lebih dan sebenarnye sangat besar dari itu. THESIS!! inilah benda yang merupakan nyawa bagi sem ni.

thesis = proposal + present + hardcover

dua dah lepas, satu lagi tinggal. yang sebenarnya, nadi untuk markah sem ni adalah thesis yang merupakan buku yang kulit tebal yang konon-konon nya macam dasyat giller le. tapi semua yang pakat takut dekat present! jujur cakap, present tu antara macam hidup dan mati lah.

setel present relax semua. macam lepas satu beban besaaaar punya atas kepala. padahal yang menunggu nya selepas present. tapi apa yang jadi, lepas present semua buat relax. termasuk lah yang sedang duk menaip nih. xmau nak datang mood untuk repair proposal tuh.  jadi malas macam mana tah. sukar untuk di gambarkan.

wargh!!!!! nak balik rumah. tapi ade lagi yang x setel. tapi yang betul nya adalah WARGHHHHHH NAK TENGOK SENJAKALA!!!!!

tapi demi thesis ku, xpe ku tepikan dulu senjakala. sebab rata2 kawan keliling x minat cerita ni. so, xd sesape lah yang eksaited nak tengok cerita ni. hope, kawan yang dekat rumah tu ada yang eksaited. tu yang nak balik rumah tu. kalau nk follow g GSC Pavi khamis ni mmg xd sempatnye lah.

lagi dilema hujung minggu ni: Bank Rakyat vs UiTM's kengkawan~~~
berat jugak keputusan yang nak diambil nih..... ermmm yang mana satu.

yang pasti sayang nak lepaskan kawan2 kat uitm ni. sebab konfem lepas ni jumpa lagi time konvo. lepas tu kenduri kawen lah. start dengan siapa dulu lah agaknya. harap2 aku. hahahaha!!!! memang berangan lah!

perpisahan!! mencik taw!

Tuesday, April 12, 2011

trilogi cinta - drama tv1 last episod, SEDEH!! then ada sedikit merepek pasal tudung..

sedeh memang sedih.. sedih giller episod last Trilogi Cinta drama RTM nih.. 


orang laen yang tengok cerita ni mungkin tidak sesedih apa yang saya rasa kerana saya gagal untuk menonton episod akhir drama ni setelah berjaya tanpa missed walaupn satu episod dari episod satu sampai lah 39. huhhhhhhh memang sedih!


kalau ikutkan memang lah tahu jalan cerita drama ni sebab dah baca novel ni dari zaman sekolah menengah lagi. dan minggu lepas siap boleh re-read the third novel "tiada lagi mimpi"


kenapa yang sedih sangat padahal dah tahu dah ending cerita tu:: 
1) sebab x dapat tgk bad buat kali terakhir

2) sebab cerita ni tayangan RTM. xtahu mane nak tgk ulangan. kalau astro, mmg x heran. tv3 ada tonton. ni RTM weh.. sedeh!!

3) then, sebab nak compare imaginasi sendiri ngan rosyam noor mane lagi best.


kenapa sampai boleh terlepas??? 
- sebab adek ada olahraga, so xkan x g tgk kan. nak bg sokongan dan semangat. padahal petang tu duk berkira-kira nak tk adek ke nak tgk bad. even mak kata kalau nk tgk bad xyah ikut, tapi x sedap lah kan, huhuuu..... bad is no one, but adek is adek.

- habis je acara lompat kijang yang adek masuk tu, terus je gerak dari stadium tu. 9:45 pm. ada masa g ayah. dapat tgk sikit p okay lah. pecut lah masuk hiway..

- tapi mak pulak kata, ikut jalan lama. ada kedai makan kite renti lah. dapat tgk.. haram nak ade. semua kedai makan pasang mentor. ikut hati rase nak BAKOOOOOO je.


hampa sumpah hampa. tapi sumpah jugak sayang gile kat mak ayah. sanggup tu berenti every kedai makan tepi jalan tuk usha dorang pasang cerita apa. muwah muwah muwah!!!!


sikit pasal drama Trilogi Cinta:
- drama pertama kat tv1 sejak ada kot 10 tahun yang saya follow. mmg xpernah tgk drama bersiri kat tv1 tv2 sejak ada astro. alasannya sebab adaptasi dari novel favorite.

- walaupn drama ni xsehebat imaginasi sendiri (kita imagine, mesti lah over2 kan), tapi best. Rosyam Noor power kot. memang menjadi sangat lah die belakon. 

-jinah, dalam novel xd lah nak benci n geram, tapi drama rasa meluat sebab die macam nak ngade 2 sangat ngan seha. tandanya poziah gos punya ekspresi muka memang menjadi lah.

- seha, dalam novel ok ok je. drama jahat gile. tapi sayang, xdapat tgk seha jadi baik. sebab dalam novel dah hujung2 tuh die suweeeeet jugak

- last but not least BADRUL. my superhero. walaupun pada mulanya keras-keras saya katakan yang x suai langsung mamat ni bawak watak bad. bad tu super cool, hensem, macho semua yang tahap dewa punya lelaki pujaan punya ciri lah. tapi pelakon tu macam x syok je. macam x sesuai. tapi tu mula2 je lah. masuk je bab yang die boleh terima jinah kawen ngan razif, rasa macam "ya Allah, hensemya bad ni". terus nampak badrul tu hensem. sejak bila tukar mata ntah. huhuuuu~~~ 



kalau wujudlah lelaki macam "badrul" kat dunia nih, sila lah tampilkan diri
ceeewah ayat!


semua orang mesti pernah dengar, lelaki baik untuk perempuan yang baik je. sama lah jugak perempuan yang baik, masih untuk lelaki yang baik.
macamana untuk perempuan yang xberapa nak sempurna baiknya macam kita ni? maknanya untuk lelaki yang x berapa nak baik jugak lah kan?? jgn lupa baik itu sangat subjektif ok. sama juga macam badrul, pada mula nampak x hensem tetibe berubah jadi super hensem dimataku hanya kerana watak ala2 malaikat yang dibawaknya.(macam over plak ayat ni)


saya pernah dengar taw, kalau x silap rancangan dr fadhilah kamsah yang kat astro prima tu or oasis. xbrapa nak sure jugak.. seorang penonton tanya: 

"lelaki baik untuk perempuan baik, tapi macam mana pula dengan jiran saya. suami dia sangat baik, selalu ke surau, agama lengkap. tetapi isteri dia xpakai tudung. saya kesian dengan jiran saya tuh"

-jawapan ustaz tu, tidak semestinya yang tidak memakai tudung jahat atau xbaik. kurangnya wanita tu pada tidak bertudung. tapi lebihnya pada yang laen. yang tidak ditunjuk pada semua orang.

-- pada saya pulak, kesian pada yang bertanyakan soalan pada dr fadhilah kamsah tuh. nampak sgt buka aib sendiri. tengok buruk orang.


ermmm.... macam dah lari tajuk pulak. entah kenapa termasuk pulak bab bab tudung nih. tapi x bermakna saya kat sini bermegah dengan statement fadhilah kamsah tentang yang tidak bertudung tuh. juz teringat pernah dikatakan taraf lebih rendah dari jalang kerana ingkar arahan tidah memakai tudung. nauzubillah~~~


berbalik pada bad && seha, ada dua persoalan yang rasanya semua pn akan bertanya sesama sendiri...

ada lagi ke lelaki sebaik badrul kat dunia ni?
&&
mungkin kah ada perempuan nasibnya akan sebaik seha?

yang pasti, semuanya takdir dan rahsia tuhan....

Friday, April 8, 2011

Durian???

satu hari rasa x sedap badan
sakit perut, sakit belakang pinggang, loya2, sakit kepala


serba serbi rasa x kena
badan bau minyak angin


tapi gagah kan juga ikut mak ayah g teluk intan sebab makcik masuk ward.
mak kata, "jom la g wad kecemasan cek"
oh tidak mak, yong makan lewat je sebab nye...(padahal, makan on time je. belum time pn da makan)
seram kot, xkan la sebab sakit perut nak g tunggu sama tempat ngan orang ecident. 
memang xlah.


dalam kereta memang diam lah
perut kalau dah buat perangai mmg habis semua mood


akhirnya cakap kat mak, g klinik je lah.. 


doktor kata,
"buat masa ni makan ubat ni dulu, dan jgn ambil teh, ngan cili" - ooo patutlah, teh fav tiap malam kot...


lagi satu "DURIAN" jgn makan banyak sangat. perut awak xtahan.


-gelap rasa dunia kata x boleh makan durian. padahal dalam pada sakit perut tadi, sempat jugak 2 3 ulas bantai durian. mak gelak!!

kejadian pukul 1 pagi

tetibe rasa macam ada something dalam bilik  nih.. baju yang duk dalam almari tetiba jatuh keluar, kejap lagi die jatuh lagi. sape plak yang tarik nih.. gimpong betul lah!! 

dengan seram2 sejuk, ku gagahkan jugak untuk memberanikan diri...

macam mana plak jantan legam seko ni boleh sesat masuk dalam rumah ni, dalam bilik plak tuh, lebih VIP almari baju.. (padan muka, sapa suh x tutup lemarikan mizaaa) 
pastu boleh duk siap lending atas tuala lagi. sambil buat muka comel!!

nak marah x sampai hati, sat g kalau menjerit orang ingt gila plak. xpasai2 mak ayah datang igt anak dorang kene sampuk!!

dengan muka paling cun lalu ku senyum pada kucen hitam yang mmg agak comel sebenarnya lalu ku angkat dan membuka pintu dapur. mak aih, berani gak aku ni yeee...

bye bye si hitam. esok pagi jumpa g ye. bukan x bagi tido dalam rumah, nanti esok saya yang kene marah!

Thursday, April 7, 2011

M.A.S.A

masa itu adalah pinjaman yang paling berharga dari yang maha Esa.
tiada ganti
kalau dah pergi, pergilah dia.
tiada klon masa, tiada masa palsu


lately terlalu banyak kerja
tetapi terlalu 'ter'buang masa
'ter'lalai
dan macam-macam 'ter' lagilah


'ter' dalam erti kata laen, tidak sengaja ter lah....


terlalu banyak perkara yang terjadi
tetapi x tersempat nak merakam disini
mungkin suatu hari


hanya untuk pengetahuan, secara praktikalnya saya dah habis latihan praktikal.


ending of practical, Best!!


tapi practical saya ada sambung lagi. untuk cerita lanjut, ada nanti insya-Allah..


hurmmmmm terbuang masa disni lagi.


p/s= untuk pertama kali, saya tertulis kat sini xsampai 5minit.. ini ter punya pasai~~~

Saturday, March 26, 2011

Zizan Raja Lawak ft. Dina - Selamat Tinggal

ready tisu kay, ini bukan arahan mengada-ngada!!


lagu yang membawa makna mendalam
video clip yang sangat2 nice &&& superb!!
xpernah lagi lagu yang ada rap, tapi lirik sangat2 sepi
dan v/clip sangat2 drama


~~~


Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Ok
Dah Memang,
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat,
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat,
Apa yang ku harapkan,
Kasih sayang yang suci murni,
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi,
Dulu hari-hari ku berwarna warni,
Kini kian mendung, ia tinggal satu memori,
Jangan, jangan lepaskan genggaman ku ini,
Hidupku hanya bermakna jika kau disini,
Mana janji, mana erti,
Kenapa gembira ku kini menjadi sepi,
Musnah segala apa yang ku impikan,
Tetapi ku tetap tabah,
Kerana tuhan yang menentukan,
Kau tetap pergi apakan daya,
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya,
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal,
Namun ku harus melepaskanmu baby,
Selamat tinggal...

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini ..

oooo

Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan telah lama aku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu disisi
Hanya kau seorang yang pernah ku kasihi
Jangan pergi, jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa, semua ini
Kenapa, semua ini

Mengapa, semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa, semua ini

(kenapa semua jadi begini, kenapa oh mengapa)

Jangan pergi,jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan aku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dakapanmu sayang)

Walau ku pergi sayangku ( usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kau cintaku yang kekal
Selamat tinggal



~~~

really good job!!

zizan, wa xpernah salah suka kat lu bro!!

Wednesday, March 23, 2011

suram dan beku~~~

lama rasanya x update ape2 kat sini. cerita tu ade, tapi agak bizi or agak lezi?? huhuhuuu

20hb dah berlalu, itu tandanya saya dah pergi lah ke majlis perkahwinan mr supervisor saya tu. pasangan? xd. cuma, pada kad yang dilekatkan pada hadiah saya tulis "miza&pasangan"-sama macam kad kawen yang die bagi. huh! hadiah xseberapa, hope orang kaya && standard boleh terimalah ye,,,

couples days before hari nikah supervisor saya ni ade lah die bercerita beberapa cerita. berdasarkan ceritanya buat saya terfikir, betulkah keputusan yang diambil untuk mendirikan rumah tangga? macam mana kalau silap? tapi kenapa saya yang beriya2 memikir. padahal kami kenal juz dalam beberapa bulan je. ok xpe. hope everything will be ok. mungkin ini perkara biasa bagi orang yang nak menikah kot. tapi, satu opis cakap pasal die. cakap yang kononya die ni xd aura nak jadi pengantin langsung. xd macam eksaited or happy. macam masih berfikir2 pn ada. 

ada yang pernah bertanya, mengapa tergesa2. jawapannya, kesian kat dia. (tunangannya)
boleh ke kawen atas dasar ini. kesiankan umur yang makin meningkat??


so, dihari persandinganya. jam 9 pagi lagi saya dah bersiap. huh!! eksaited gile kan???? kami g konvoi ramai2 satu opis. dek sebabkan satu lagi kereta lambat sangat, kami gerak dulu. 2 kereta. sampai kat sana, jumpa g satu kereta. so, kami bergerak sekali lah ke rumah pengantin.. 

takde bunga mangga amat menjadi masalah kepada tetamu yang x tahu rumah pengantin. so, pada sesape yang nak kawen lepas ni, sila amek berat ye perkara ni ya. kami juz nampak kereta banyak tepi jalan, tapi khemah ngan bunga manga xd. so susah ooo. x tahu mane nak parking. xtahu mana nak tuju. silap tuju plak nanti. so keputusan, paking kat masjid. dari sana, kami ikut je makcik2 yang kami rasa orang situ. ikut dorang masuk simpang mana. dah la orang rumah tu kami x kenal, takut salah rumah. mujur lah adek beradik pengantin ni muka ala-ala potostat!. so, kami dengan selambanye kata, memang sah ni rumah die.

then kami tgk pelamin, ade 4 bangku, so kompem lah ni rumahnye. sebab dorang kawen 2 pasang sekali. mr supervisor saya && adek perempuan die.

xyah cerita tentang keadaan kenduri, sebab nanti banyak sangat plak. cuma, kami tunggu pengantin memang lama gilaksssssssssssssssssss.... x saba, macam rasa tunggu artis pn ade.

setibanya pengantin, rasa mengelupo semacam. gediks2 pn ade. hahahaha.. eksaited nak tgk pengantin. konon macam rindu sangat dan seminggu x jumpa. hahaha...

tapi, tanda soal besar punya ada atas kepala. kenapa la muka en supervisor saya ni macam ni. masam gile!!! en, plezzz la. ini hari kawen ok. bukan majlis orang mati atawpn hari untuk pembentangan keuntungan syarikat. xyah nak berat2 kepala. tengok pasangan yang lagi satu tu, elok je. senyum manis je. walaupn pada hakikatnya mr supervisor saya jauh lagi hensem. ceh!!!

tapi, tumpuan kami bukan takat en sahaja. lebihnya pada, PN R. heheheh (nama dirahsiakan) sebab, nak tgk gaya orang nya. muka, boleh tahan, body memang mari. jujur cakap memang cantik. make-up memang superb lah!!! OOOwsem! 

atas pelamin, heran lah, nape susah sangat nak senyum tah. tgk muka en supervisor, macam nak nages pn ade. muka bini die, macam bengang pn ade. hahahaha.. mau x nya, kami duk buat2 gedik santai ala2 gatai ngan en supervisor tu. kami tahu die kuat jeles yang super duper jealousy punye orang. jahatnya kami. atas pelamin muka die dah masam, masuk bilik satgi, x tahu lah ape soal siasat yang bakal dikenakan kepada en supervisor kami. hahahha

jahatnya kami!!!

huhuuuuuuuuu
tapi, bila balik start dari dalam kereta sampai lah isnin selasa Rabu x sebab saya x masuk office semua duk cerita pasal R. kesian lah kat en supervisor kalau betullah ape yang kami sangka. xbaiknya kami.. tapi..... hmmm entahnya. 

takutkan nak amek keputusan untuk kawen nih??

yang menjadi hairan kepada saya pulak, kenapa perlu saya mimpikan en supervisor saya ni?? dah 2 malam berturut. lokasi mimpi adalah tempat dimana kami selalu sembang. iaitu pantry. time minum kopi cicah biskut. dia kata menyesal. hope sangat mimpi tu mainan tidur sebab saya lupa basuh kaki. 

fuhh fuhh pegi jauh2 mimpi buruk! tapi, kalau malam ni mimpi lagi. saya takut isnin nanti die masuk office dengan muka kerut die tu lah. muka time die period. walaupn lelaki x pernah period... 

kami doakan yang terbaik untuk en supervisor. Selamat Pengantin Baru S&R. Moga kekal ke anak cucu. bahagia. && tiada curang~~~

Friday, March 4, 2011

lagi tentang perkahwinan...


tak habis-habis lagi tentang cerita kahwen.. tapi cerita kawen saya belum2 lagi nak diterbitkan disini.. bila la gamaknye kan.. huhuuu semua tu rahsia tuhan. tunggu je lah..


mengikut perkiraan, hari ni saya dah praktikal kat bank rakyat tu lebih kurang 4 bulan beberapa hari. dan hari ni dah 2kali saya dapat kad undangan ke majlis perkahwinan. undangan yang memula dulu saya dapat dalam beberapa hari selepas masuk. time tu x berapa kenal ngan orang lagi. belum mesra.. 


tapi kali ni, seronok dan eksaited lah dapat kad ni. rasa cam syok je nak pegi. sebab yang kawennye kira orang atas lah jugak. senang kata, supervisor saya. encik S yang garang dan selalu moody. hehe.... lepas ni mesti happy je. xd moody2 dah. kenapa saya rasa macam agak sure?? sebab lately die mmg good mood je. nak tegur. kalau lalu kat meja, nak la hye hye. kalau x, jgn harap. 


tadi dia mengedarkan kad kawen die. kat envelope tulis Cik Miza. okay. biasalah tu... nama rasmi saya selain dari nama dari kad pengenalan.. at first igt xnak bukak, tgk je dari yang laen.. sama je kan rupa kad nya, tapi macam x puas. nak tgk jugak yang saya punya kad. so bukak lah...


tuuuuuDiaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...... 


khas dari en S kepada student practical ke"sayang"an dia




lepas je tgk kad saya macam special je, saya tgk semua kad orang laen. semua tulis nama je. saya je yang ade "& PASANGAN". so, ape lagi. satu bank lah gelak. semua pakat duk kata, "miza g pasang ngan cik bob je lah." (cik bob tu bapak saya) sedih tahu... 


mula-mula mmg eksaited nak pegi. pegi ngan budak-budak bank laen lah. tapi, lepas baca je macam tu tulisnye... hadoi. rasa macam, kalau x pergi ngan pasangan rasa cam x kene pulak. 
tapi kalau nak g ngan pasangan, mana saya nak cari pasangannya????? kejam en. S ni... ikhlas ke x ajaknye. 


semua tahu saya mmg xd pasangan atau pun couple lah. dan dia boleh kata, "mana saya tahu.. saya ingat awak dah ....." -dah apa??? 


baru saya teringat, patutlah the last time saya mintak tolong die bawak g stesen bas, die kata "xkan berdua je kot. kita kan sama2 darah manis,, nanti teruk kereta saya kene hurung semut" - time tu  mmg saya x faham. apa kaitannya dengan saya. mana die dapat idea tuh?????? 


entah mane die dengar atau salah dengar. sah la tu. hish!!!!!


apa2 pun, congratesssss encik!!


p/s= kepada sesiapa yang nak bagi kad kawen lagi lepas ni, tolonglah jgn spesifik sangat untuk ruangan nama saya tu ye...

Tuesday, March 1, 2011

bank rakyat vs. balai trafik

miza rasa semua kawan tahu yang miza practical kat bank rakyat.. pada sapa-sapa yang tak tahu lagi, ni cik miza nak bagitahu bahawasanya saya menjalani latihan industri di Bank Rakyat caw. Tapah, Perak.. hamboih2 siap bagi tahu nama penuh lagi tu... bank rakyat ni lokasinya berhadapan dengan IPD Tapah.

so, kepada sesiapa yang nak tahu pasal loan, or any other Bank Rakyat products boleh lah tanya... saya akan cuba memberi jawapan yang terbaik. tinggalkan no phone, nanti saya akan hubungi encik kembali... mak aih ayat, ini mmg ayat skema dari seorang pelajar praktikal yang menjawab panggilan talifon, tapi x sure ape jawapannya.. 

tapi, situasi yang kat atas tu awal2 je lah. time rajin lagi nak cari tahu, nak tanya2.. ataupun, time tu, x sure pn panggilan tu nak disambungkan ke unit mana. 

tapi sekarang miza dah pandai.... agak pelik je soalan tuh, terus tekan "tranfer".. hantar je mane2 unit yang berkaitan.. al-maklumlah,,,saya dah macam operator dah kadang2.. tapi syok pe jawab call. just kekadang bengang, time pick-up phone je, line orang laen dah sambar dulu. rasa macam bangang je "hello'' sesorang..

tapi hari ni, soalan mmg pelik. dah masuk bulan ke-4 practical kat bank rakyat, first time dapat soalan yang agak mencabar IQ udang saya nih... huh!!!



lokasi: tepi talifon sambil tulis alamat pada sampul surat..
"ring...ring..."

saya: hello selamat pagi,, bank rakyat cawangan Tapah~~~(suara super sopan lah, memang hipokrit gile time angkat phone)

customer: tumpang tanya cik

saya: mengenai apa tu en??

customer: hari ni ada orang bayar saman lagi x?

saya: hah?? bayar saman???? mana la miza nak tahu (hilangdah kelembutan hipokrit suara. memula saya igt ada org bank nk pekena saya, bila tgk balik skrin talifon, line luar. bukan intercom)

customer: xkan x tahu kot

saya: eh sorry encik.. saya x pasti. sini xd bukak kaunter bayar saman. kalau encik nak tahu, kene call balai trafik depan lah. no 4011222~~ ok encik??

customer: oh xd eyh? terima kasih yeee.....



p/s= kalau nk buat loan untuk bayar saman boleh la incik~~~

Sunday, February 27, 2011

Arau,,, berbeza perasaanya kali nih~~~ ♥

baru pulang dari arau~~~

best sangat2 kali ni. semua pun macam berjalan lancar je...

first, thanks to semua yang bantu saya untuk selesa disana.. tolong hantar, tolong amek, tolong order lokchin, tolong booking kolej && tolong macam2 tolong lagi lah...

then, bengkel SPSS. best jugak!! rasa excited je nak run data. so, sekarang cepat2 nak kumpul data.

pastu jumpa lec, bincang pasal proposal dan setel masalah.. suke3... thanks miss~~~

next jumpa mira and berkenalan dengan aimi... jalan2 makan2 borak2 gossssippppingssss && penat but seronok...

kalau pkcik tu g hatyai, kami g bangkok!! hehe

balik dari bangkok(konon), g umah wawa... wawa merupakan kenalan lama time dip. mengimbau kenangan lalu. mmg seronok. time dip macam kanak2 riang suke buat bising kat kolej..

malam tu untuk lepas stress sikit lah. ladies nite- karok++lokchin kuala perlis~~~
..2 + 2.. bila berempat ngam jek! first time keluar berempat! sebelum ni x pernah kenal pun..
yang depan, suara tinggi, yang belakang, suara sumbang

yang paling best malam ni, jumpa dengan twins.. gugul tahu!! comel bangat. yang hairan, budak 2 orang ni buat saya rasa macam artis. nk tangkap gambar ngan kami! tetibe je datang nyelit. nk tangkap gambar berdua ngan mira pn, dorang datang jugak. dah tarik ke tepi, die masuk jugak... dek sebab kan dorang ni sangt2 comel, kami restu jelah~~~

ini twins nya. comel gila kan??

nak tangkap gambar berdua je, tetiba dorang selit jugak

lastly sebelum balik, dorang ikut sampai tangga..
geram sangt, dukung && gurl ni still senyum && suka. suruh naik, baru nak  naik..

personally, budak macam ni bahaya sikit.. terlalu 'nak' dekat orang.. yang parents pulak jenis x kesah. mujur kami orang baik, takat nak layan budak ni tangkap gambar. kalau orang laen yang jahat, die tangkap terus budak ni. arau dah dekat ngan siam dah... risau~~~


perlis this time memorable... terutama the last part! im ♥'in it~~

Thursday, February 24, 2011

saya anak ayah!!!


ayah yong cayang, 

"SELAMAT HARI JADI!!!!"

moga panjang umur dan dimurahkan rezeki dengan harapan rezeki tu melimpah pada anak ayah yang sulung ni yeee....

maaf lah, anak ayah ni nak buat kek x reti. bila buat ja, jadi biskut. 

so, dis year xd cake yang di bake sendiiri.

memandangkan kondisi yong yang x berapa nak sehat jugak ni.
bukan ape, kalau buat jugak, risau nanti ayah jangkit x sehat pulak.

sempena hari jadi ayah hari ni, fb yong buh gambar ngan ayah. nk buh gambar ayah sorang, xboleh la.. 

~~~~~~~~~~~~~~~

ramai orang kata, miza ikut muka ayah. tapi, ada jugak yang kata xd langsung.. 
kat sini sempena bufday ayah miza, nak buh gambar kami berdua. 

actually gambar kami berdua x banyak. sebabnya,  yang selalu jadi tukang tangkap gambar adalah saya sendiri. so, untuk miza ada di dalam gambar agak mustahil..


~~tyme convo dip kat shah alam.. next time covo kat arau pulaks~~

yang anak senyum x mau-mau. ayah muka kenapa kah?? 

ini time cuti sem part 4 degree..
ayah:: tolong lah masuk yong, kamu bukan buat ape pn kat rumah.. trafik xcukup orang.. menari je pun..
saya:: yelah yelah.. kalau menari macam robot, jgn bising.
-tapi bising jugak, lembut sikit, lembut sikit.
tapi lepas sekali join, ade je event join lagi. hehe seronok..
tapi ade tapi lagi, untuk event esok x dapat join. sebabnye, dah ade kat arau. xpe lah, next time yong masuk ye..  semoga trafik&&kuncu2nya ada tempat. bila buat jamuan, nk join jugak. hehe

p/s= okeh kepada sesiapa yang membaca, muka miza ada macam muka ayah x???