Saturday, March 26, 2011

Zizan Raja Lawak ft. Dina - Selamat Tinggal

ready tisu kay, ini bukan arahan mengada-ngada!!


lagu yang membawa makna mendalam
video clip yang sangat2 nice &&& superb!!
xpernah lagi lagu yang ada rap, tapi lirik sangat2 sepi
dan v/clip sangat2 drama


~~~


Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Ok
Dah Memang,
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat,
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat,
Apa yang ku harapkan,
Kasih sayang yang suci murni,
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi,
Dulu hari-hari ku berwarna warni,
Kini kian mendung, ia tinggal satu memori,
Jangan, jangan lepaskan genggaman ku ini,
Hidupku hanya bermakna jika kau disini,
Mana janji, mana erti,
Kenapa gembira ku kini menjadi sepi,
Musnah segala apa yang ku impikan,
Tetapi ku tetap tabah,
Kerana tuhan yang menentukan,
Kau tetap pergi apakan daya,
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya,
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal,
Namun ku harus melepaskanmu baby,
Selamat tinggal...

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini ..

oooo

Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan telah lama aku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu disisi
Hanya kau seorang yang pernah ku kasihi
Jangan pergi, jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa, semua ini
Kenapa, semua ini

Mengapa, semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa, semua ini

(kenapa semua jadi begini, kenapa oh mengapa)

Jangan pergi,jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan aku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dakapanmu sayang)

Walau ku pergi sayangku ( usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kau cintaku yang kekal
Selamat tinggal



~~~

really good job!!

zizan, wa xpernah salah suka kat lu bro!!

Wednesday, March 23, 2011

suram dan beku~~~

lama rasanya x update ape2 kat sini. cerita tu ade, tapi agak bizi or agak lezi?? huhuhuuu

20hb dah berlalu, itu tandanya saya dah pergi lah ke majlis perkahwinan mr supervisor saya tu. pasangan? xd. cuma, pada kad yang dilekatkan pada hadiah saya tulis "miza&pasangan"-sama macam kad kawen yang die bagi. huh! hadiah xseberapa, hope orang kaya && standard boleh terimalah ye,,,

couples days before hari nikah supervisor saya ni ade lah die bercerita beberapa cerita. berdasarkan ceritanya buat saya terfikir, betulkah keputusan yang diambil untuk mendirikan rumah tangga? macam mana kalau silap? tapi kenapa saya yang beriya2 memikir. padahal kami kenal juz dalam beberapa bulan je. ok xpe. hope everything will be ok. mungkin ini perkara biasa bagi orang yang nak menikah kot. tapi, satu opis cakap pasal die. cakap yang kononya die ni xd aura nak jadi pengantin langsung. xd macam eksaited or happy. macam masih berfikir2 pn ada. 

ada yang pernah bertanya, mengapa tergesa2. jawapannya, kesian kat dia. (tunangannya)
boleh ke kawen atas dasar ini. kesiankan umur yang makin meningkat??


so, dihari persandinganya. jam 9 pagi lagi saya dah bersiap. huh!! eksaited gile kan???? kami g konvoi ramai2 satu opis. dek sebabkan satu lagi kereta lambat sangat, kami gerak dulu. 2 kereta. sampai kat sana, jumpa g satu kereta. so, kami bergerak sekali lah ke rumah pengantin.. 

takde bunga mangga amat menjadi masalah kepada tetamu yang x tahu rumah pengantin. so, pada sesape yang nak kawen lepas ni, sila amek berat ye perkara ni ya. kami juz nampak kereta banyak tepi jalan, tapi khemah ngan bunga manga xd. so susah ooo. x tahu mane nak parking. xtahu mana nak tuju. silap tuju plak nanti. so keputusan, paking kat masjid. dari sana, kami ikut je makcik2 yang kami rasa orang situ. ikut dorang masuk simpang mana. dah la orang rumah tu kami x kenal, takut salah rumah. mujur lah adek beradik pengantin ni muka ala-ala potostat!. so, kami dengan selambanye kata, memang sah ni rumah die.

then kami tgk pelamin, ade 4 bangku, so kompem lah ni rumahnye. sebab dorang kawen 2 pasang sekali. mr supervisor saya && adek perempuan die.

xyah cerita tentang keadaan kenduri, sebab nanti banyak sangat plak. cuma, kami tunggu pengantin memang lama gilaksssssssssssssssssss.... x saba, macam rasa tunggu artis pn ade.

setibanya pengantin, rasa mengelupo semacam. gediks2 pn ade. hahahaha.. eksaited nak tgk pengantin. konon macam rindu sangat dan seminggu x jumpa. hahaha...

tapi, tanda soal besar punya ada atas kepala. kenapa la muka en supervisor saya ni macam ni. masam gile!!! en, plezzz la. ini hari kawen ok. bukan majlis orang mati atawpn hari untuk pembentangan keuntungan syarikat. xyah nak berat2 kepala. tengok pasangan yang lagi satu tu, elok je. senyum manis je. walaupn pada hakikatnya mr supervisor saya jauh lagi hensem. ceh!!!

tapi, tumpuan kami bukan takat en sahaja. lebihnya pada, PN R. heheheh (nama dirahsiakan) sebab, nak tgk gaya orang nya. muka, boleh tahan, body memang mari. jujur cakap memang cantik. make-up memang superb lah!!! OOOwsem! 

atas pelamin, heran lah, nape susah sangat nak senyum tah. tgk muka en supervisor, macam nak nages pn ade. muka bini die, macam bengang pn ade. hahahaha.. mau x nya, kami duk buat2 gedik santai ala2 gatai ngan en supervisor tu. kami tahu die kuat jeles yang super duper jealousy punye orang. jahatnya kami. atas pelamin muka die dah masam, masuk bilik satgi, x tahu lah ape soal siasat yang bakal dikenakan kepada en supervisor kami. hahahha

jahatnya kami!!!

huhuuuuuuuuu
tapi, bila balik start dari dalam kereta sampai lah isnin selasa Rabu x sebab saya x masuk office semua duk cerita pasal R. kesian lah kat en supervisor kalau betullah ape yang kami sangka. xbaiknya kami.. tapi..... hmmm entahnya. 

takutkan nak amek keputusan untuk kawen nih??

yang menjadi hairan kepada saya pulak, kenapa perlu saya mimpikan en supervisor saya ni?? dah 2 malam berturut. lokasi mimpi adalah tempat dimana kami selalu sembang. iaitu pantry. time minum kopi cicah biskut. dia kata menyesal. hope sangat mimpi tu mainan tidur sebab saya lupa basuh kaki. 

fuhh fuhh pegi jauh2 mimpi buruk! tapi, kalau malam ni mimpi lagi. saya takut isnin nanti die masuk office dengan muka kerut die tu lah. muka time die period. walaupn lelaki x pernah period... 

kami doakan yang terbaik untuk en supervisor. Selamat Pengantin Baru S&R. Moga kekal ke anak cucu. bahagia. && tiada curang~~~

Friday, March 4, 2011

lagi tentang perkahwinan...


tak habis-habis lagi tentang cerita kahwen.. tapi cerita kawen saya belum2 lagi nak diterbitkan disini.. bila la gamaknye kan.. huhuuu semua tu rahsia tuhan. tunggu je lah..


mengikut perkiraan, hari ni saya dah praktikal kat bank rakyat tu lebih kurang 4 bulan beberapa hari. dan hari ni dah 2kali saya dapat kad undangan ke majlis perkahwinan. undangan yang memula dulu saya dapat dalam beberapa hari selepas masuk. time tu x berapa kenal ngan orang lagi. belum mesra.. 


tapi kali ni, seronok dan eksaited lah dapat kad ni. rasa cam syok je nak pegi. sebab yang kawennye kira orang atas lah jugak. senang kata, supervisor saya. encik S yang garang dan selalu moody. hehe.... lepas ni mesti happy je. xd moody2 dah. kenapa saya rasa macam agak sure?? sebab lately die mmg good mood je. nak tegur. kalau lalu kat meja, nak la hye hye. kalau x, jgn harap. 


tadi dia mengedarkan kad kawen die. kat envelope tulis Cik Miza. okay. biasalah tu... nama rasmi saya selain dari nama dari kad pengenalan.. at first igt xnak bukak, tgk je dari yang laen.. sama je kan rupa kad nya, tapi macam x puas. nak tgk jugak yang saya punya kad. so bukak lah...


tuuuuuDiaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...... 


khas dari en S kepada student practical ke"sayang"an dia




lepas je tgk kad saya macam special je, saya tgk semua kad orang laen. semua tulis nama je. saya je yang ade "& PASANGAN". so, ape lagi. satu bank lah gelak. semua pakat duk kata, "miza g pasang ngan cik bob je lah." (cik bob tu bapak saya) sedih tahu... 


mula-mula mmg eksaited nak pegi. pegi ngan budak-budak bank laen lah. tapi, lepas baca je macam tu tulisnye... hadoi. rasa macam, kalau x pergi ngan pasangan rasa cam x kene pulak. 
tapi kalau nak g ngan pasangan, mana saya nak cari pasangannya????? kejam en. S ni... ikhlas ke x ajaknye. 


semua tahu saya mmg xd pasangan atau pun couple lah. dan dia boleh kata, "mana saya tahu.. saya ingat awak dah ....." -dah apa??? 


baru saya teringat, patutlah the last time saya mintak tolong die bawak g stesen bas, die kata "xkan berdua je kot. kita kan sama2 darah manis,, nanti teruk kereta saya kene hurung semut" - time tu  mmg saya x faham. apa kaitannya dengan saya. mana die dapat idea tuh?????? 


entah mane die dengar atau salah dengar. sah la tu. hish!!!!!


apa2 pun, congratesssss encik!!


p/s= kepada sesiapa yang nak bagi kad kawen lagi lepas ni, tolonglah jgn spesifik sangat untuk ruangan nama saya tu ye...

Tuesday, March 1, 2011

bank rakyat vs. balai trafik

miza rasa semua kawan tahu yang miza practical kat bank rakyat.. pada sapa-sapa yang tak tahu lagi, ni cik miza nak bagitahu bahawasanya saya menjalani latihan industri di Bank Rakyat caw. Tapah, Perak.. hamboih2 siap bagi tahu nama penuh lagi tu... bank rakyat ni lokasinya berhadapan dengan IPD Tapah.

so, kepada sesiapa yang nak tahu pasal loan, or any other Bank Rakyat products boleh lah tanya... saya akan cuba memberi jawapan yang terbaik. tinggalkan no phone, nanti saya akan hubungi encik kembali... mak aih ayat, ini mmg ayat skema dari seorang pelajar praktikal yang menjawab panggilan talifon, tapi x sure ape jawapannya.. 

tapi, situasi yang kat atas tu awal2 je lah. time rajin lagi nak cari tahu, nak tanya2.. ataupun, time tu, x sure pn panggilan tu nak disambungkan ke unit mana. 

tapi sekarang miza dah pandai.... agak pelik je soalan tuh, terus tekan "tranfer".. hantar je mane2 unit yang berkaitan.. al-maklumlah,,,saya dah macam operator dah kadang2.. tapi syok pe jawab call. just kekadang bengang, time pick-up phone je, line orang laen dah sambar dulu. rasa macam bangang je "hello'' sesorang..

tapi hari ni, soalan mmg pelik. dah masuk bulan ke-4 practical kat bank rakyat, first time dapat soalan yang agak mencabar IQ udang saya nih... huh!!!



lokasi: tepi talifon sambil tulis alamat pada sampul surat..
"ring...ring..."

saya: hello selamat pagi,, bank rakyat cawangan Tapah~~~(suara super sopan lah, memang hipokrit gile time angkat phone)

customer: tumpang tanya cik

saya: mengenai apa tu en??

customer: hari ni ada orang bayar saman lagi x?

saya: hah?? bayar saman???? mana la miza nak tahu (hilangdah kelembutan hipokrit suara. memula saya igt ada org bank nk pekena saya, bila tgk balik skrin talifon, line luar. bukan intercom)

customer: xkan x tahu kot

saya: eh sorry encik.. saya x pasti. sini xd bukak kaunter bayar saman. kalau encik nak tahu, kene call balai trafik depan lah. no 4011222~~ ok encik??

customer: oh xd eyh? terima kasih yeee.....



p/s= kalau nk buat loan untuk bayar saman boleh la incik~~~