Monday, December 26, 2011

berubah

dah dekat sebulan menghabiskan masa dengan mak. dalam kata laen, sudah sebulan juga lah aku di rumah. x bekerja. tapi aku bukan menganggur. kat rumah aku pegang banyak jawatan. mak kata aku misi, aku chef, && aku jugak bibik. 

tapi hakikatnya aku hanya memegang satu title; "ANAK" aku adalah seorang anak perempuan sulung yang hanya mempunyai satu emak.

mak aku seorang yang boleh cari duit sendiri walaupn ada seorang suami yang makan gaji. mak aku berniaga. mak aku seorang yang x boleh duduk diam. itu nak buat, ini nak buat. order tu ambil, order ni x boleh tolak. 

tapi ini semua dulu lah. dalam 2 atau 3 bulan dulu.

sekarang, hanya duduk dalam bilik atas katil. jika ada kawan mahupun saudara yang datang melawat juga akan ke bilik. mak x larat nak keluar. duduk x boleh lama.

"mak, walau apa pn yang kita dengan dari doctor, itu hanya teory. kita kene kuat tabah n berusaha kerana keputusan berada di tangan tuhan. insya-Allah mak baik nanti kita boleh pergi bercuti"

Monday, December 12, 2011

assalamualaikum~~~



dah lama dah x log-in sini
tengok tengok kawan kawan kat sini
nak start balik lah
rindu!!




bila ditengok tengok balik, almost half year x tengok blog. blog sendiri mahupun blog orang. rindu. 2 kali dah kata rindu.


last cerita pasal ayah. selamat hari ayah. padahal cerita aku sendiri dah banyak bertukar.


status pn dah berubah. dari student yang gile gile nak siapkan thesis sampai dapat result sampai dah convo dah pn. 
dari belum kerja sampai dah dapat gaji siap print payslips sampai lah dah tulis surat resign. ish ish ish.


cepat masa berlalu. macam macam yang terjadi dalam masa 6 bulan sahaja.


blog pn, bila jalan jalan tadi ada yg masih aktif macam dulu, ada yang duk takuk tu jugak dan ada jugak yang dah tutup.


6 bulan. 


agak-agak 6 bulan lagi apa jadi ngan aku ye??