Thursday, November 11, 2010

9 10 111

kemarin:::  9 10 11

last day study kat library, mmg the truly last lah kali nih.. 
  • study kali ni ada kawan baru. mat ed nagn along. study ngn korang BEST!! tapi sebenarnye lawak. sepanjang degree x penah kenal, tetibe sebab portfolio, korang datang bawak buku past tu terus melekat sampai keakhirnya walaupn ed; perjuangan kita hanya sama sampai separuh jalan. x aci!! patutnye hari last kamu kene datang jugak tunjuk muka!!
walau apa pn, ade jugak gambar kita berempat kan. he he~~~
(lawak korang yang kering tu, xkan lupa lah. eh silap, tuff!!)

  • akhirnya pada hari terakhir kami di library, abg penjaga library tu dapat jugak tangkap kami seludup makanan && nescafe ais. huh!! mesti dorang puas hati kan. xpe. kami x nak jejak dah lib lepas ni. merajuk!! 

  • pastu paling x caye sempena last day, jumpa wa ngn dato time nak g toilet. tapi mamat tu kata dato dah xd. so jumpa azri lah. (nak gak panggil macam wa).. duk sembang punya lah lama macam dah lama x jumpa. padahal baru festime bersembang mesra lepas time bufday amir. kimia kita kuat tandanya ni wa. huhuhu... (sorry kawan, gangu korang study. over excited sat!)



bawah ni antara kenangan terakhir jadi student uitm arau time last2 week nih

duduk bertiga, tapi buku tudia sampai 2 meja kami pakai. tapi jawab x dapat jugak!! ( cik miza lah)


perkara yang paling x dapat dilupa, perkara basic bagi org tapi baru bagi aku. tQQ cikgu bersama isteri kerana sanggup mengajar saya
cikgu buat saya macam tadika, satu kertas A4 penuh tulisan besar2.
O.I.F takkan lupa

tensyen study g makan lokchin koala perlis pastu kerang bakar ngn sotong tepung!!
(dah macam mama&&papa kami)

Wednesday, November 10, 2010

lagi wish pasal tarikh

happy 
10 11 10

walaupun x secantik 10 10 10
tapi
kenangan 10 11 10 harap akan cantik

last paper 2suku kat lib zon A3

best of lucks 
yong
cik miza
miza budak baik
ija
miza bob

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Tuesday, November 9, 2010

esok je lah!!

niat hati nak update something memorable hari ni
all about library
~~~~

tapi masa x mengizinkan
banyak yang di lakukan malam ni 
dan sekarang dah agak lewat jugak lah
kene study
untuk last paper esok petang
hope dapat A+++++++ 
hahahah
LOL!

so esok je lah ye

Monday, November 8, 2010

hish!! bila dah tiba masanya, macam ni pulak yang di rasa!!

satu hari lagi
satu paper lagi
alaaa
nanti kalau rindu kamu cane?
kalau rindu die cane?

tettt

..  .........................................  ..

Sunday, November 7, 2010

nak wish gud lux lagi~~~

mungkin kerana mendapat banyak wish gud lux tuk paper fsa hari ni
aku tenang jawab exam
luckssss tu macam agak nampak lah jugak cerahnya
nnt lusa wish lah lagi

thanx bg yang meng'wish
xkira lah
face-2-face
facebooking
or
text

x lupa thanx alot pada guru fsa saya
walau sikit tetap membantu
papa farok++mama gee

dan jugak

housemate ku yang tersayang
semalam aku dah ngntuk gila, tapi korang still paksa aku suh belajar eva. mujur aku tido jugak!! sebab x masuk.. haha.. yang clue2 sume tu thanks sgt2 pada sue eija && sarina

yang paling x boleh tinggal mestilah
siti nur
penaman setia ku
hehehehe


dan x boleh lupa, (tadi dah lupa)
exam hari ini prof izzi yang jaga "selamat beramal"
wah!!
aku x paham apa motif die tgk semua air botol mineral student siap goncang bagai
pastu ape jadi antara dia ngn basyer??


.  . . . . . .  . . . . . .

senang separuh hati && separuh lagi sedih
semua hsemate dah balik
aku ade lagi 1 paper
xpe miza,
kuat semangat!



Saturday, November 6, 2010

nak cakap apa????

aku ada 2 org kawan meren. eh silap. marine! wa && dato. 
terciptanya mereka ini sebagai kawan ada sejarah tersendiri

tapi bukan ni yang nak cerita
tadi dorang ade paper
fishing technique
rasenye lah
berdasarkan kepada nama si dato yang kekadang jadi nama tikus jerry(tom&&jerry)
(mesti amek berkat pakai nama mancing2 nih)
haha tetiba teringan medic ikan!

berdasarkan komen kat fb && blog wa
dapat disimpulkan dorang boleh menjawab dengan bahagia
sebahagia memancing di laut dan membawa pulang ikan yang besar

habis cerita wa && dato meren

...........................................................................................................

macam biasa aku hari2 study kat library
duk dekat ngn lib zon A3 tempat pekse tuh
macam ada yang x kene tempat exam tu tadi
rasanya xd air-cond
mampus lah esok kalau aku jawab personal still xd ekon

tapi aku bukan nak cerita pasal ekon xd
nak gtaw yang budak2 yang jawab exam kat situ
gila terror!!
x sampai sejam
pusu2 dah keluar
senyum2 plak tuh
mesti senang

...........................................................................

harap sgt2 paper aku yang lagi 2 esok ngn 2 hari lepas esok pn senang jugak
macam dak meren nye paper memancing dorang &&& budak yang jawab kat lib tadi

doakan saya!
dah x larat nak kecewa


Friday, November 5, 2010

banyak modal semlam!!

semalam besamaan tarikh tak igt (time nak tulis tarikh kat answer sheet bleh plak tanye kat ain-member duk sebelah) terlalu banyak perkara yang terjadi.. nak cerita nnt jadi panjang berjela, senarai jelah. pakai numbering k. yang pasti bukan pasai banjir lah. sebab sana sini org dah cakap kangambo lagi lah xd.

  1. semestinya exam real estate. subject yang sgt santai di kelas sehingga dapat bercuti di cameron highland. time nak final, nothing in my kepala otak! gab untuk study satu hari. time study selak depan, selak belakang buku teks, xtahu apa yang di baca. huhuhu.... ini lah akibatnya. time test bukan bawak toyol, buku terus atas meja.
  2. malam sebelum exam. bincang2 ngn tini nak baca apa. (tini ialah rumet saya. kami dua ja amek real estate dalam umah ni) on fb tgk2 dapat spot dari yang tersayang. siti sarah ismail. walaupn die accountancy punye student, die tetap tolong cari spot untuk kawan yang paling die sayang nih, saya lah. dia kata, spot dari arau. hairan! aku arau napa x tahu. pastu dapat plak msg dari gee (awek farok). sebijik sama cam sarah bagi. so keputusan, selak spot aje!!
  3. kami baca spot je!! eh silap, point tuk spot. dasyat na. mentang2 lec spoting~~~ santai.
  4. malam tu kami tido awai. xtaw napa ngantuk sagt2. relax x takut pn nak exam. may be sebab petang kot.
  5. bangun pagi. habis kan spot yang x sempat review semalam.
  6. cari tempat mandi. JUMPA!! mandi puas2.
  7. balik umah. baca siket g.
  8. keluar plak beli nasi ayam rempah. makcik tu kata "hari ni harga biasa. semlam ja mahal sebab branng2 beli kat SUPERRRMARKET" eleh macik, entah2 sebab semlam kdai makcik je yang bukak, makcik ketuk le kami kan??? hihihi jahat mulut aku nih.
  9. dah beli, balik umah, goreng papadom, makan kasi kenyang, tido!
  10. bertuah kan??? exam kul 2suku, jam pukul 12 sempat tido sampai kul satu.
  11. bangun tido amek keputusan nak g exam ngn tini. sebab tempat kami sekali. nek moto. so pakai seluar.
  12. sekali TAYAR MOTO PECAH!! jam dah dekat kul 2. mujur dekat ngn umah che ah. tolak lah. g exam tompang dorang.
  13. sampai kat kelas, org dah masuk. CHECK NAMA XD KAT LIST. neves gile!! rupanya salah grup. haha.. 
  14. EXAM kat blok c gile PANAS. dah la xd air-cond, p tutup semua tingkap. siap kunci. aku dah peluh2. dengan kertas soalan tu lah aku buat kipas. seyh.. x tahan. aku bukak je tingkap. baru dapat nyawa.
  15. syok syok syok jawab tetiba hari yang panas bertukar mendung. justeru terus hujan. ajaib kan perlis?? huhu
  16. dalam hujan renyai yang penuh sopan itu, tetibe tempias! basah muka aku. macam KENE TAMPAR DENGAN AIR. padan muka. hahaha
  17. jawab exam santai~~~~
  18. yang syoknye paper ni, sementara aku duk fikir jawapan yang sesuai, aku pn duk ralit tgk org, maklumlah duk belakang sekali. boleh kata satu kelas 'melengung' (betul ke perkataan nih?? aku belalu dengar eija sebut. hsemate aku org baling)macam2 gaya. hahaha. LOL
  19. kesimpulan untuk jawapan real estate aku adalah KBKK.. tapi time kat luar aku cakap ngn tIni ngn ed KBKA. nape aku sebut kbka tah. kat rumah baru aku fikir balik. KBKA tu cawangan bapak aku. duk selalu sgt sebut kat umah. hohoho
  20. habis exam balik. tunggu kat umah che ah. moto tini pakwe die bawak p kedai. so aku ngn tini??
  21. BALIK JALAN KAKI SAMPAI RUMAH.. tini kata macam kene tinggal dengan bf. sebab duk bawak helmet jalan kaki. jauh gak lah kami jalan. dah rumah d hujung dunia.
  22. malam tu p mandi. sebelum tu p ROUND2 DULU TGK BANJIR dari atas hiway. sadis! macam bukan malaysia. macam negara yang sangat2 daif. banyak khemah tepi sawah tuk org2 kg duk sebb umah tengelam teruk. pastu org2 naik lori, budak2 ramai2.. sedih gile.. 
  23. pastu baru pi tempat yang mahu di tuju. kepada makcik yang rumahnya kami tumpang mandi::: terima kasih bayak2 na siap bagi bekal air yang sgt bayak dan basuh kain siap. tQQQ
  24. balik, makan kat rpa. sampai rumah sangkut baju yang basuh kat umah org tadi(mmg x malu) && terus tdo. penat sgt satu hari.
  25. hari ni xg library sebab cuti
happy deepavali.
org yang bernama miza mmg kuat bebel. hak hak.

Tuesday, November 2, 2010

exam vs. banjir

cik miza::

  • x biasa dengan suana kampung
  • dari kecik sampai dajah 2 duk umah flat tingkat 6. x penah jumpa tanah, kaki bersih dari parut kudis mahupun kesan jatuh. lepas pindah umah teres asyik duk keje jatuh aje.
  • selalu over ecited dengan haiwan, basikal ngan taman menan. sebab kecik2 jarang jumpa kan. haha jakun gile. salah ayah ni, anak jadi camni..
  • 2 3 hari lepas time hujan lebat berasa sangat seronok && duk ulang cakap "nak banjir yea!!" mmg jakun x pernah jumpa banjir.
  • bab!! arau tuhan bagi banjir. nak sangt.
  • semalam time nak makan tengahari dh x boleh keluar arau sebb air dah mula naik. aku lah orang paling excited tengok air tuh. rase nak g lompat2 je. mujur ade kawan baru, segan sikit nak tunjuk ke'excited'an nya..
  • apalagi...terus msg mak, bg tahu kata banjir. gile seronok x tahu nk kata.
  • tadi tu study kat library pagi smpai petang (exam xley buat jugak), bila balik umah tgk fb blog,tuuuuudia arau banjir teruk rupanya. siap masuk berita TV3 malam tuh. tgk berita excited gila! hahahaha
  • tapi hari ni jadi laen
  • xseronok rupanya banjir nih. tambah jadi mangsa terperangkap banjir. dah la x dapat main air langsung (sumpah x nak sebenarnye). tapi bahana tu yang rasa!
  • tadi balik exam, gila semua kedai tutup. lapar kot. roti air mineral sume licin kat kedai hindu tu. dah la stress dengan soalan exam sem ni. satu2 membunuh!!
  • fes, call ayah. cakap susah. dengan suara serak2 nagis siket.
  • pastu mak call plak. seronok gila bercerita yang terperangkap nih.. hahahaha (bangang ka apa kau ni miza??)
  • tak paham ngan diri sendiri heh!! tapi sebenarnye dah rimas, air xd.. mane nak mandinya. mujur dah x hujan. boleh jugak lah nek moto mencari air isi dalam botol wat masak maggie. huhuhu
  • apa yang menarik arau malam nih, kawasan student ni dah jadi macam kg zombie.. manusia bayak berkeliaran. mmg aku gelak atas moto tgk dah macam cerita zombi kg pisang. hahahahah
  • aku mmg kuat gelak. tapi hati && kepala x sama ooo.. migraine dah datang sebenarnya. time to telan ubat && tido.
  • xmau study dah. apa nak jadi, jadi!!
p/s= terfikir, apa lah dosa aku kat arau sampai tuhan duga macam ni.. nauzubillah~

Monday, November 1, 2010

Sunday, October 31, 2010

pelik
 pertemuan yang singkat boleh membawa kesan
yang pasti ia sudah dirasai && esok untuk yang terakhir kali
tiada lagi selepas itu
sedih

Saturday, October 30, 2010

Monday, October 25, 2010

kini tiada lagi

DULU:

malam exam mesti call opah,
"opah, esok ja ade pekse tahu, pagi.. pastu, tulat plak petang ye.. nnt ja call lain lah, takut opah lupa. hehe" 
" iye, opah bacakan. buat elok2"
aku pun senyum... 



SEKARANG:

pergi kat rak, capai gambar.
"opah, esok ja periksa.. ja rindukan opah. ja bacakan ye"
aku senyum tapi (tuhan saja yang tahu)


ija sayang opah, ija pn tahu opah sayang ja.. kalau dulu opah tolong ija, && ija sangat berharap, ija dapat tolong opah.. tujuan kita sama. 


SUPAYA DIPERMUDAHKAN AMEEN~~


Sunday, October 24, 2010

perubahan...

bila aku tengok org buat ape yang pernah aku buat dulu, aku rasa macam aku buruk sgt.. kalau boleh di ulang masa, aku akan lebih berhati2 dan lebih banyak berfikir. berfikir dari segi pandangan orang. bukan pandangan aku.

aku benci dengan masa lalu aku, kalau boleh tolong delete dari igtan aku juga dari igtan org2 yang pernah mengetahuinya.

tapi macam 2 ayat yang selalu aku pegang:

  1. setiap kejadian pasti ada alasan
  2. sejarah takkan lupa
sekarang aku dah faham kenapa tuhan tentukan macam ni, tuhan sayang aku && tuhan mmg ada alasan tentukan kejadian tu. 
aku dah faham kenapa 'dia' bertindak macam tu, cuma dulu aku x nampak. apa yang aku nampak hanya dari segi aku, bukan pemikiran 'dia' dah kelilingnya.

apa yang dah jadi x mungkin aku lupa, walaupn sangat pahit dan memalukan. dulu aku happy, tetapi sekarang aku sgt malu. aku hanya aku. aku hanya insan biasa. xlepas dari salah dan dosa. 

dengan salah aku yang dulu buat aku sedar. sekarang aku hidup atas dunia nyata. aku lebih matang dan perfikiran +ve dengan setiap apa yang berlaku. 

aku dah x boleh buat apa. kata maaf? mmg tiada makna bagi sesiapa. hanya sekadar cukup syarat. tapi bukan semua tahu menilai ucapan maaf. mungkin maaf aku dianggap mainan walaupn mmg itu yang sebenarnya lahir dari kekesalan hati yang paling dalam.

apa yang terjadi biarkan ia terjadi. tarima kasih tuhan kerana masih sayangkan saya! saya x pernah salahkan takdir, cuma saya ada sedikt kesal.

Saturday, October 23, 2010

=((

sem ni amat berlainan dari sem-sem lepas
p/s= i'll be miss you!
selalunya excited sangat tunggu tarikh terakhir exam


tapi sem ni
kalau boleh tek nak terfikir langsung


mungkin terlalu awal untuk rasa sedih
tapi bukan baru sekali kelopak mata ni hampir melimpah ketika study 
hanya kerana 12NOV


12 NOV = last day in perlis with all frenz


xnak fikir
tolonglah xnk fikir


bila tiba paper CTU nanti
semuanya berlalu sekelip mata


tak pasti apa yang akan paling di rindu
tapi yang pasti, semua nya tidak akan sama seperti sekarang

Thursday, October 21, 2010

lagi & lagi && lagi


dulu dah rasa
sekarang rasa lagi
xnk lah rasa macam ni
x seronok sebab x senang
xnak jadi macam orang x betul
duduk senyum sesorang
cant focus study lor
sumpah tak suka
haha
lol


.   . . .   .

Senyum 20.10.2010

Wednesday, October 20, 2010

Sunday, October 17, 2010

dulu ye, sekarang tidak!!

hari ini aku xd banyak nak buat keje, hanye suke2 bace blog sane sini.. dan tetiba aku terbaca enty yang kat bawah ni.. dah lama dah aku nak tulis,tapi x berkesempatan..

cerita pasal org indonesia. dulu (time zaman jahilliyah) aku gile sangt ngan cerita &&& pelakon2 indonesia. malu nak mengaku, aku tahu lah sejarah dorang sebab gile minat punya pasal.

tapi lepas tengok berita yang dorang bakar bendera kita, aku jadi meluat gila!! hilang terus rasa minat or extreme gile suke kat dorang semua.

tak cukup ngan tu, aku dapat esaimen pasal pembantu rumah indonesia plak.. time aku search2 tu, mmg bertambah lah aku meluat gile babi nak maki macam @#%$^&%^&*(_)(_)*%^$%$#^$#!!!!!

kesimpulannya, dorang ni spesis kurang hajo x seda diri. lega dah aku!!

aku suke gile bace ape yang mamat ni tulis :: refjour: .aku ganyang telinga hang satg

indon nih macam......, (aku xtahu nak tulis ape. buruk sangat)
&&&&& sumpah aku malu gile pernah extremely suke kat dorang. tapi tak dapat nak dinafikan, aku masih suke lagu2 nye. mungkin sebab time dengar lagu tu aku x nampak wajah ke'indon'an tu &&& time nyanyi xd pulak loghat indon dorang tu menyakitkan telinga aku!

today is sunday

selamat hari ahad rakan2ku
agak lewat tuk wish, tapi x bermakna hidupku bermula lewat hari.


ahad kali ini lain dari yang lain
sebab rutin nya amat berbeza dengan yang lepas2
teman pun berbeza, ada peneman baru ahad ini


i love this sunday
im in peace~~
:)

If you got a problem with me, tell me! 
Not everyone else

Friday, October 15, 2010

seronok kan bila
YM kita ada yang BUZZ!!!
dan terpampang tulisan
"esok ada kelas CTU kul 10.30"

terima kasih
saya sangat happy && tak sabar nak attend kelas tu

mesti students yang dah balik study week jelez kalau dorang dapat tahu khabar ini

. . . 

kebenarannya


aku suka karaoke

aku suka lagu dangdut

aku suke lagu dolu-dolu

aku suka karaoke nyanyi lagu dangdut dan lagu lama dolu-dolu

.  . .  .


kompem!!!

...terlingkuplah test aku petang ni...


. . . .

Thursday, October 14, 2010

macam banggang!!

aku tgk kat home member aku. ada app "bila anda akan berkahwin" yang kawan aku try, so aku pn nk try lah.. saja gatai2 kan.. aku pn try.. bukan tu je yang aku try, ada la jugak 2 3 app yang berkaitan.. ianya adalah



  1. tarikh perkahwinan saya
  2. bila anda akan ada anak
  3. berapa anak akan anda ada
  4. siapa cintakan anda ... dan last sekali
  5. bila anda akan meninggal dunia... (cukup lah life cycle kan??)

jawapan yang saya dapat amat lah memberangsangkan jiwa && raga bakul sekali
  1. tarikh perkahwinan saya
    • 18 jan 2011(hepi gile aku. maknanya 8 hari selepas bufday aku tahun depan, xsabar dah nak kawen nih)

  2. bila anda akan ada anak
    • bila umur aku 32 tahun. (kire leas 9 tahun aku kawen lah. lambat seyh rezeki aku,tapi xpe, aku redha..)

  3. berapa anak akan anda ada
    • 5 orang.. (okay lah tu rezeki kan, xkan nk tolak pulak)

  4. siapa cintakan anda
    • bermula dengan huruf C.. (memang aku x ley tahan. hahaha, do you still love me?)

  5. bila anda akan meninggal dunia
    • pada hari jadi akan datang!! (apa kejadahnye bongok ke pesbuk nih! die bg aku tarikh cantik2 kawen lah, anak lah, cinta lah, sekali bagi tarikh mati sebelum semua tarikh  semua tu. siot tol!!)

p/s= mari kita ketawa sebelum kita dah x boleh ketawa lagi!!

x matang langsung!!


biar lah apa pun

aku yang rasa
aku suka && selalu sangat jatuh cinta untuk satu hari
ha ha ha
lol
perasaan aku
xd kacau kamu pn
so
biarkanlah

....
my current lover.. but on selasa ONLY lah. hehe
mr. asmara, sorry pakai gambar WITHout permission.

kalau tengah duk tengok buah hati aku nih, memang meroyan!! tapi dalam lingkungan 2 3 jam je lah, lepas tu apah pn aku x heran, nk meroyan balik, tunggu minggu depan.. 
tu pasal  ada kenakawan panggil aku ratu drama. haha.. nak buat cane, kalau time aku tengok tuh, sungguh2 lah aku mengahayati.. rasa macam aku yang duk belakon. hahahah... bongok tol lah!

tetibe aku teringat kat paksu syurgamu ramadhan.. aku gtaw kat member2 yang aku suke && gile kat die, sume pakat gelak.. && sekarng akupn gelak balik kat diri aku.

...

Monday, October 11, 2010

memang aku tak sangka!!

aku terlalu risau dan sangat berhati2 dalam segala tindakan menjelang 10/10/10
aku terlalu takut perkara 5/5/5 atau se'angkatan dengan berlaku pada aku
 
tetapi aku amat tidak menjangka
10/10/10
membawa impak yang amat besar
bukan pada ku
tetapi pada sejarah Malaysia
lebih tepat lagi kepada sejarah kemalangan jalan raya di negara kita

7 kenderaan
12 maut
lebih 40 orang cedera

....

takziah kepada keluarga mangsa

sob sob

(setiap kejadian pasti ada alasan)



Sunday, October 10, 2010

ini kesah 05.05.05 bukan 10.10.10

walaupun kerja aku banyak yang bersusun && masing2 berebut2 meminta untuk di siapkan dulu, aku tetap nak tulis jugak cerita ni.. TETAP!! semua kerana tarikh hari ini.. ~~10/10/10~~

kenapa dengan 10/10/10 xd ape pn, cuma kenangan time aku form 5 dulu yang bertarikh 05/05/05 masih segar di igatan.

aku harap sgt kejadian malang sempena tarikh yang konon cantik && ramai gile org nak tarikh macam ni tuk kawen x jadi kat aku lagi.. tarikh cantik org happy, yang aku, risau..

apa yang jadi kat aku time 05/05/05 tuh???

mari aku senarai kan:::
  1. time ni aku form 5, kat sekolah menengah teknik ipoh persiaran brash. sebelah sekolah agama izzudin shah. (semua lelaki alim2 sekolah kat sini)
  2. kejadian berlaku pada 5haribulan5tahun2ribu5.. haha (pasaipa aku bangang eja lagu ni?)
  3. bertempat di asrama perempuan sekolah yang namanya kat atas tadi tu
  4. aku bersama rakan yang lain. termasuk aku jadi  5 orang lah.. (aku, siti, fitz, yam && lagi sorg x igt.. paling aku igt yam, sebb die punca segalanya)
  5. apa yang kami buat?? ponteng riadah. tido dalam dorm. (konon otai lah ni)
  6. sekali kantoi ngan warden yang bernama Kak Has(konon nama manja) anak dara lagi time tu, mungkin masih lagi.
  7. punca kantoi?? kak has lalu depan dorm aku, aku ngn siti betul2 mayatkan diri. && fitz mmg dah tido mati. tapi dorm sebelah punya pasai. si yam ni konon nk nyorok, g terseradung katil!! spoil lah kamu. &&& apa lagi, dengan kuasa ala2 ketua komunis yang dia ada, cek dorm kami pulak. memang malang gile, sebab dah dekat pukul 6. nk habis time dah. entah2 time tu pn 5.55pm.. tapi kan, sampai sekarang aku masih kompius, ntah2 dak dorm sebelah yg gtaw bahawa kami juga x turun riadah.
  8. mereka berdua, dibawa berkumpul di dorm kami dan kami dapat hadiah hebat.. kene buat bersama lah 5 5 ketul. time tu mmg femes hadiah ni. ketuk ketampi SE-IRAMA sebanyak 50kali time tu jugak. lepastu bergandingan pulak tu. tahu x cane?? aku pegang telinga dia, dia pegang telinga aku. macam bodoh kan?? mule2 mmg lah pegang siket, xkan la kite nk tarik telinga kawan kita tu kan.. sat g die tarik lagi kuat, telinga aku jugak yang sakit. tapi kalau dah lelame, tangan pn jadi berat. bayangkan betapa labuhnya telinga aku time tuh!! mmg dasar warden. aku rase cita2 asal die ni nk jadi warden penjara! die tahu x macam mane rasenye kene gerak tido && die suruh berseman pulak.. terkejut urat betis aku.
  9. bunyi macam siket 50 je pun.., tapi seksa woi! terencat kehidupan aku. jalan pn macam panguin. yang paling susah adalah untuk mengerjakan solat 5 waktu. (ceh ayat, nk gak tulis 5 sebenarnye tuh).. mahu nye x, aku semayang macam org tua. festime aku semayang, time dari sujud untuk duduk tu, terjerit.. terkejut aku. sakit bongok!! kalau korang x caya, try lah. korang tdo pastu kunci jam ala2 lepas 25minit. bangun2 je terus ketuk ketampi 50 kali, malam amik lagi 50, pagi esok amik lagi 50. try lah buat.
  10. paling derita turun tangga. rase nak golek2 kan diri je, xnak pakai kaki. huhuhu...
  11. yang best, budak dorm aku sapu kan minyak kat betis aku malam tuh.. (nk bg tahu siket nih, aku ketua dorm sebenarnye. gile nak mampos kan? buat perangai. haha anak2 buah aku mane penah buat perangai)
  12. yang paling best pulak, baru aku nk tdo lepas diurut tuh, aku dengar ada pengumuman!! nama kami ber5 kene panggil. what the AYAM!! SYOK giler.. semua org kene tido tapi kami kene turun kat bilik warden.
  13. nikmat turun tangga!! x boleh melangkah langsung. gile sakit. longlai kaki hoi.. macam nk lompat je terus dari tingkat dua ke bilik warden tuh.
  14. super best pulak. dapat lagi ketuk ketampi. sebab die yang bertugas hari tu. die kate,tadi hadiah dari warden yang tangkap. ni dari warden bertugas pulak. ape ke jadahnye ustazah ni.. 30x. dek sebab aku ketua dorm, extra la siket.. mmg time tu aku rase macam kaki aku kene lanyak dengan trekta tahu x. dah la gemok. kalau aku kurus time tu, mungkin kurang siket sakitnya. sakittttttttttt...
  15. memang balik bilik tu aku nages lah. sakit kot. aku nages kuat sebab geram.. geram gile.. 
  16. yang ni super dupper best!! dek sebab pergerakan aku dah macam nenek kebayan, semua slow macam siput babi. (ni bukan alasan tahu). nk turun tangga susah. nak naik tangga surau pun payah. pastu nk turun lagi terkedek2.. berpikir tu nk turun. sakit.. masuk dining lambat, keluar dining pn lambat. macam keharam. aku kene ketuk ketampi lagi! dengan warden yang laen pulak.. aku benci warden. boleh pulak die kire sampai 5 sape x keluar kene denda. yang die igt kami yang dah macam OKU ni boleh lari ke????
memang manis gile kenangan tarikh yang cantik tu dalam hidup aku!! &&& sebenarnye aku agak takut jugaklah dengan tarikh 10/10/10 pulak.. takut dapat berganda dari 5/5/5.. tapi ni dah separuh hari dah, alhamdulillah kehidupan aku masih belum di gangu.. kecuali duk berulang toilet. xtahu aku ape yang aku lantakkan 2 3 hari nih..

.aku rindu korang semua.  

p/s= selain ketuk ketampi, aku penah kene jalan itik memalam buta keliling asmara. tapi bukan aku sorang lah.. aku mmg  xpaham, apa rasionalnya denda macam tuh.. kepada cikgu2 && warden2 ataw bakal lah.. kalau nk denda, biarlah yang meninggalkan kesan yang baik. bukan macam nih, sampai sekarang aku igt kot. xd eloknye korang buat macam tuh. tambah pulak men sumpah2 pelajar. memang xkan menjadi.. silap2 hari bulan diri sendiri yang terkena.

sekian merepak, sambung buat personal, portfolio, financial analysis && strategic management.. banayk gile keje aku. tapi sempat kan aku mencarut kat sini.

saya seorang pelajar yang sangat bagus!!

bersambung pada tajuk diatas....
saya adalah seorang pelajar universiti yang sangat bagus!!

TAPI TIME HUJUNG SEM JE LAH!!

Friday, October 8, 2010

kedai nasi ayam rempah..

mesti semua student yang duk area arau ni tahu kat mana kedai nasi ayam berempah.. sebab memang pemes!! kenapa femes?? sebab harganya..

basic :: nasi rempah + ayam goreng tepung = RM2
tapi jangn la anda berani2 nak ambil lauk laen atau tambah menu. sebab pasti akan terkejut!

menu 1 :: basic + papadom(xtahu eja) 3 keping = RM 3.50
menu 2 :: basic + timun 2 keping pun = RM3.50
menu 3 :: basic + tambah ayam lagi seketul pn = RM3.50

ini berdasarkan senarai yang pernah aku cuba lah.. hish3 makcik nih.. macam mana die kira, dia saja yang tahu.. (aku rasa die pakai policy, "kau tambah satu, aku tambah singgit sengah")

tapi aku sgt terkejut tadi dengan mamat sebelah aku..
menu die ::
1. nasi puteh tambah
2. sorong goren tepung (dalam 3 4 ketul)
3. udang goren tepung (paling banyak 5 ekor)
4. kuah sambal
5. teh o ais
JUMLAH = RM11

terus aku pandang muka makcik tu, 
pinggan mamat tu, 
ngn muka mamat tu sekali, 
pastu aku pandang pinggan die lagi sekali.. 
nk kompemkan lauk die.. mmg lah aku x caye. pastu mamat tu pn denagn muka yang baru bangun dari mimpi ngeri menghulurkan note 50. aku masih lagi dalam keadaan yang x percaya. mujur mamat tu bawak wallet. kalau macam aku, purse tinggal dalam kete, betul2 turun bawak 5 hengget je. x ke malu.. adoi macik...

tapi kan,kalau aku lah kat tempat mamat tu gamaknye, terus cakap.. xpelah mkcik, saye tetiba kenyang sambil letak pinggan dan berlalu pergi.. kompem x mai dah..

sekian cerita gerai nasi ayam berempah..

p/s= tadi dah test financial analysis, malam ni personal finance pulak.. huhuuhuhu... 
aku 'memang' suka di test!

Thursday, October 7, 2010

hari ini hari khamis 7haribulan sepuluh!

~~setel satu kerja yang di bawa dari awal sem.. alhamdulillah. tamat sudah satu paper~~
muka2 kelegaan selepas habis prezen kelas BeLL. thanX miss!!

Tuesday, October 5, 2010

matematik tambahkan tekanan!!!

hipotesis::
semakin bertambah tekanan,
semakin bertambah kekerapan post blog!!

wah wah wah....
gud lux tuk sesiapa yang amik PMR (tetiba, padahal xd kaitan ngn sesiapa pn dalam family aku)

kesan::
1) dalam 20 minit buang masa kat sini
2) tapi hilang stress siket
3) baik stop sekarang, nnt byk lagi masa terbuang!! dah tu miza. UDAH!!

keputusan:: (dah macam wat paper sains UPSR la pulak)
berhati2 di jalan rata!! jgn laju sgt, ada bonggol kat depan tu. nnt terpelanting.




implikasi terlalu sibuk dengan esement &&& prezentation:::::
sampai terlepas pandang bahawa jumaat nih (2hari lagi) ada 2 TEST!! mujur tadi terbuka cerita ngan rakan seperjuangn yang sama aliran nak meren jugak!!


lusa, I ada prezen BELL (omputeh). wish me luck kay!!

mengapa???

aku hanya seorang PELAJAR,
tetapi mengapa sibuk mengalahkan PERDANA MENTERI???

tetibe aku terfikir.... (pikiran budak2 dajah dua aku datang dah la ni)
PM bukan buzy pn..keje dorang juz tuk rasmi2 je.. pastu bagi ucapan BACA text. text pn orang yang buat. kalau aku lagi la susah. prezent kene fomal. HAPAL tau text tu.. nnt lec bebel2.. 

pastu kalau PM pegi sane sini pn nek kapal tebang, kereta driver bawak. bukan risau nak sesat.. aku ye lah sesat, salah jalan kene pusing balik. kalau terlepas simpang, pusing la kau uitm tu. start la kamu balik dari depan roundabout sebb semua jalan kat UiTM Perlis ni dan bertukar jadi jalan sehala sekarang.. walaupn bukan aku yang pandu ketera kan, tapi aku kene fikir gak jalan terdekat. dah xd mknenye jalan terdekat sekarang!!

 tapi nk buat cane kan, hanya pelajar dan hanya kene menurut aje lah.

ooooo000oooo... hhhhhhhaaaaaaaaaaaaaaa.....
oleh itu aku pon berkata pada diri sendiri... xpelah buzy sekarang ni. susah2 dulu sekarang.. sebbnye kan aku masih belajar lagi. nnt aku jadi PM xd lah busy dah, xd lah susah dah!! time tu, jalan tutup untuk aku. bukan aku yang kena ikut arahan jalan.hehehe

(kalau lah mak aku baca, mesti die suruh ayah aku g bawak aku jumpa pakar.. mesti dorang igt kepala aku terantuk!)

Sunday, October 3, 2010

oh mak!!!

mak kata, nnt mak datang sini naik bas teman yong time kawan rumah dah balik..
aku pulak terfikir, xkan la sampai macam tuh. xyah lah. pandai2 lah yong nanti.. bukan x pernah di tinggalkan pn~~~

Friday, October 1, 2010

ini adalah kehidupan!!

pabila hidup telah terlalu selesa pada ketika sebelumnya,
kini tibalah saat untuk berhempas pulas...

dan

pada saat melihat jadual final exam yang telah dipaparkan,
otak mula memiikirkan tarikh untuk membeli tiket bas supaya dapat bercuti sebelum berperang untuk kertas pertama nanti..

lantas

tangan mancapai phone antik ku lalu menaip text "ayah, call jap"
dengan serta merta phone mengeluarkan lagu dan terpampang muka ayah di screen yang dah bercalar2 ni..
main points yang diutarakan adalah:
  • ayah amik cuti
  • hsemate habis awal 3 hari, so ayah kene datang awal && teman yong kat sini..
dan ayah tanpa berfikir terus menjawab, okay ayah amik cuti tapi adek sekolah. takkan nk ponteng 3 hari??
haah x perasan.... =((