tadi g pasar malam
sedih, satu pasar malam cari tau fu fa x jumpa!
time nak balik, ayah nak g beli togey, saya&&mak tgk tudnung.
tetibe mak kate nak tgk pisang, boleh buat cekodok esok. okay. "mak g cari pisang, yong cari ayah bg tahu"
best bab cari mencari dalam hari dah nak gelap, phone x bawak, mak pn tinggal jugak, cermin mata x pakai. damn!!! (hahahaha mmg ini yang terkeluar dari mulut tadi, jangkit ngan sapa tah)
kereta dah jumpa, ayah x jumpa. last2 g cari mak balik kat tempat pisang tadi. dah la barang berat yang di usung kesana sini. kereta pulak hujung dunia. mmg seronok!! exercise senja2.
sampai kat mak, mak berkata :: " tadi mak nampak ayah berlari kesana, nape tah" (sambil menunjuk ke arah laluan keluar pasar malam, simpang tiga, traffic light)
dalam hati berkata:: "kene sampuk pe bapak aku ni senja2 kat ngn kubo cine plak tuh. huhuhu"
macam biasa, cik miza mmg terkenal dengan sibuknye, pegilah nk tgk ape yang kononye di kejar oleh si ayah tadi. oh... ade accident rupanya. patut pn. bila ku cuba kecik2 kan mata memaksa untuk melihat apa yang terjadi dan mencari kelibat ayah dalam keadaan kereta yang dah panjang berbaris tu, lalu terlihat ayah ku yang berbaju t-shirt dan berseluar jeans di tengah2 simpang sambil melambai2 kereta.
ya-Allah ayah, sabar je lah. bahaya kot. dah la hari dah gelap. kalau pakai vest polis tu xpe lah jugak. ini buat org x perasan, kene singgung ke x pasai!! mintak simpang lah ayah. xlama pastu ade lah 2 trafik laen datang, yang sorang pakai baju hujan yang labuh sampai lutut tu (memang gelak dalam hati) yang lagi sorang jacket puteh tebal tuh, igt tengah bawak moto eskot sultan hape?? hahahahahaha LOL!! sah dorang dua ni pn mmg ade kat pasar malam tu, pakai je ape baju yang ade kat dalam kereta ataupn raga moto kan??? hahaha tahu sgt.
ayah jadi trafik sejak saya darjah dua. sekarang umur dah lebih 22 tahun. dah lama. dari dulu tapah x berubah. macam2 kes, macam2 hal. etika polis trafik:: kalau ada accident terjadi depan mata dan bantuan belum tiba, MESTI lah anda mencuba mengawal keadaan. walau di mana pn. perkara ni mmg dah biasa sgt. ade je accident, yang baru jadi lah. kalau dah ade polis, jalan aje lah. ayah mmg akan berenti kereta kat tepi, amek topi && pergilah tunggu kat jalan sampai polis sampai. pakai baju melayu pn penah. kami gelak je.... hahahaa...
tapi biasalah, bukan semua org boleh terima polis. ramai yang benci polis. tapi ade ku kesah. bapak saya polis, arwah tok pn polis. saya mmg keturunan polis. kalau buruk kamu pandang polis, buruk kamu pandang saya, saya x luak apa2. seseorang pernah kata die sayang saya, tapi bapak die x boleh terima keturunan polis dalam keluarganya. ok fine!! selamat jalan romeo!
kepada si pembenci trafik, contohnya mat rempit:: bukannnya kalau kamu jatuh moto nanti, kamu nak cakap kat trafik, "lu xpayah lah call ambulance, gua bley call sendiri. gua x suka lu buat baik ngn wa"
kalau dah mati atas jalan pn agak agak ade diorang nak cakap:: "xyah la angkat wa, wat susah2 je. wa x nak trafik sentuh mayat wa"
xd maknenye.... kerabat bapak aku jugak nak ngutip badan korang yang bersepai atas jalan raya tu..
ni cerita pasal seorang polis yang merupakan abg sepupu saya.
p/s= maaf jika entry kali ini agak kasar bunyinya. tapi kalau diikutkan, lagi kasar luahan hati. saya benci pembenci polis kerana mereka hanya tahu bercakap && tak tahu ape yang dorang cakap!!
kalau di tanyakan tentang comment saya mengenai kes remaja bawah umur yang mati ditembak kerana melakukan jenayah baru2 ini...
sejujurnya saya berkata::: bagus lah korang mati. dalam umur semuda 16 tahun sudah begitu jahat. xdapat bayang kalau umur tu panjang sampai angka 35. xtahu macam mana die buat nk porak perandakan keamanan Malaysia ni. tuhan maha adil, dan maha tahu!
mintak maap dari hujung rambut sampai hujung kaki. saya sayang ayah saya. dats y blog ni saya anak polis. x suke sudah!
3 comments:
miza bagus la bapak kamu...
hrum ni la semangat yg kita mahu...sedia bertugas bila2 masa je...
tp kan miza sy dlu sblm sy masuk marine sy bercita2 nk jd polis..nk jd inspektor chewa..heheh
tp sejak kehadiran marine dlm hidup sy..sikit2 sy mula lupakan polis itu..
myb pas degree sy nk cuba try dua2 bidang ni..
saya pn nak jadi polis dari kecik, tapi ape kan daya... ketinggian dan mata tidak mengizinkan.
cik miza betul jugk ape yg cik miza ckp
Post a Comment