hari ini seperti hari-hari biasa.. bangun pagi siap2, iron baju kurung macam nak g office. tapi yang bezanya, hari ni bukan saya je siap. tapi satu family. miza ngan mak siap pakai baju kurung, ayah ngan adek pula sedodon baju melayu ungu siap bersamping. wah wah wah.... macam pagi raye lah pulak!
actually, ni first time miza join perarakan maulidur rasul. sebab tahun2 sebelum ni xberkesempatan kerana berada di perantauan. cewah! padalah kat arau tu je pn.
kire memang best lah hari nih. mula2 berarak sambil selawat keliling kawasan kompleks perumahan nih. lepas tu masuk dewan. then ade lah bacaan al-quran, nasyid &&& ceramah. ustaz bagi ceramah masih muda, seronok je dengar. xd bosan sebab die pn bercakap bukan lah macam ceramah tapi macam sembang. semua pn pakat seronok. then lastly berselawat dalam dewan tu sebelum jamuan makan tengahhari.
-pulang ke rumah berjalan kaki dari dewan. walaupun x berapa nak jauh, tapi sebab dah tengahari, jadi agak panas lah-
sesampainya dirumah teruslah masuk bilik untuk tukar baju. pakai baju yang agak selesa sikit kan panas-panas nih. lagipun duduk kat rumah je pun. miza masuk dulu, mak masuk kemudian. keluar je dari bilik, tengok pintu x bertutup. dengan lajulah nak berlari ke pintu untuk tutup pintu. baru je nak sampai dengar suara lelaki. dah dekat dengan pintu. "assalamualaikum~~" apa lagi, berlari lah miza masuk bilik balik.
gile ke hape jantan ni. main terojah je rumah orang. tetibe bagi salam dah ade depan pintu. ingat kot ada hal mustahak ke, panggil ayah keje ade esident ke, jalan jam ke. rupa-rupanya datang nk jual keropok ikan. ya tuhan, encik abang yang datang entah dari mana, cuba lah anda belajar bersopan santun. bisa ngak??? (tetiba keluar bunyi indon)
kompem-kompem lah kami yang hanya bersuara dari dalam bilik ni kata "xnak, xpelah. laen kali je" -kata mak dengan nada yang sopan dan menjaga hati. walaupun agak bengang. mahunya tidak, baru sampai rumah xsempat nak duduk pun dah ade yang datang menyerang.
tetiba-- "tolonglah mak, belilah mak. murah je. nak pakai duit. orang punya. saya kene jual bagi habis. kalau mak beli, hanya tuhan je bantu. tolong orang susah dapat pahala." xcukup dengan itu, "allahuakbar, subhanallah," dan macam2 lagilah. yang miza sendiri pun macam sure xsure je yang die sebut tuh.
mak pun, tunggu lah kejap. xsampai hati pulak.. bawak2 nama tuhan pulaktu.
jual apa? -keropok
berapa - RM 10
mahalnya, sikit pulak tuh. - tolong orang mak. sedap macam2 ada.
macam2 die sebut nama keropok, sepatah haram miza xpaham. nama nak tgk, mmg x lah. ternyorok terus dalam bilik tuh. yang bengang tuh, panggil mak miza dengan panggilan MAK??? xmalu betul konon nk amik hati suruh beli. xsudah-sudah tolong-tolong. nak je miza cakap, "tolong balik boleh tak!!"
mak pun dah banyak sgt mintak tolongnye, beli lah. dah beli tu, elok je suara. makcik nak kemana? siap cantik berbaju kurung bertudung elok.
-bukan nk kemana, baru balik dari dewan tuh.
-ada apa?
-sambutan maulidur rasul
-ape tuh?
-hari ni kan maulud nabi!!
-eh. haah yee....
mulalah miza rase nak keluar bg penyepak je. konon alim gile. hari ini maulidur rasul pun x tahu. nampak sangat belakon, menipunye.
sebelum balik, sempat pulak tanya.. "makcik ade enset lama2 ke rosak ke yang nk jual?"
kepala punya orang!!
dah dibeli, macam2 kerenah pulak die.
*tetibe hilang "mak" die tadi. ada jugak orang macam ni ye? buat malu orang malaysia je. mujur bukan orang perak!
*boleh tergolong dalan golongan orang yang mempersendakan agama nih!
No comments:
Post a Comment