Wednesday, April 25, 2012

cinta lepas nikah

boleh percaya ke dengan cinta selepas kawen??

kalau kita tgk drama tv mmg semua happy ending. vanilla coklat, gemersik kalbu, mmg semua pakat manis gile sampai boleh kerat kaki lah.

tapi ni in the real life. bukan dari novel buat drama. senyam senyum je aku depan tv. tapi x semua drama lah. bicara hati aku tgk macam nak mengamuk tah hape2. rosak novel tuh!! laaaa... ni dah kenapa pulak aku luah perasaan pasal drama tv ni!!

back to the story, cinta lepas kawen. org yg agak rapat jugak dengan aku. kawen ikut pilihan keluarga. fuhhh.. seram. xsampai setahun. lari balik rumah mak. kita kan x kenal perangai pasangan kita tu.. beranak la jugak sorang. baru nak masuk 3 tahun anak nye bercerai.

ada ke org cinta lepas kawen tapi bukan fmily punya pilihan? ada jugak kan macam ally iskandar tu. buat masa ni still loving2 lah kan.

kalau seorang lelaki yang kita kenal gitu-gitu je ajak kite kawen, agak agak boleh terima x?
alasanya, cinta boleh datang lepas kawen. duduk berasingan pn xpa, hujung mgu boleh jumpa. yang penting halal, walaupn duduk berasingan, bila jmpa xd dah risau dosa bila semua dah halal. 

rasa cair kejap kan kalau pmpuan dapat ayat macam ni.. 

huhuuhuuuu



Wednesday, February 15, 2012

kepochi jugak aku ni.

semalam aku xboleh tido. xd keje duk tgk la TL aku. dah lewat2 TL slow sikit. tapi banyak twitt dari rita rudaini n peminat dia lah. cakap pasal bob, azuan, gambar belakag. aku pn x puas hati nak tahu gak cerita apa yang dorang sembangkan tu.. huhuu... macam dah xd keje dah aku nak sebok hal artis kan..

aku pn calit sana, calit sini samsung aku ni then aku pn jumpa la apa yang dorang borakkan. acc twitter yang bernama bob azuan. 

fuhh!!!! terkejut beruk kot aku baca twitt dia. bahasa subhanallah. dia bukan random twitt kalau kot kot 'sapa makan cili dia yang terasa pedas' tapi dia twitt n reply twitt rita bersama fan dia. 

sebagai contohnye lah: 
fan: sabar lah kak, mungkin ada hikmah
rita: insyaalah
bob azuan: ko x kenal rita pandai berlakon bodohkan peminat. perangai perempuan ni %^&*#

aku pn x faham kenapa lelaki/perempuan ni bengang dengan simpati fan si rita rudaini tu. siap kata fan rita bodoh kot. terasa jugak aku.

yang aku nak gelak, tetibe dia mengaku jurugambar kepada si zaquan. padahal si bob azuan ni pernah twitt "esok start shoot ghafiri untuk tv al-hijrah...." mungkin bob azuan ni juru gambar peribadi kepada ayu+zaquan=azuan.. 

tup tup tup beautiful nara dah update blog pasal gaduh dorang ni.. sempat sungguh abang nara dalam pada dapat bby tu ye. padahal gaduh dorang tu x sampai ke hujung lagi.(nama bby boy abg nara Aariz. aku rasa abg nara peminat setia Aaron Aziz. tu pasal jadi Aariz)

lagi tup tup tup, bob azuan dah delete account twitter dia. hahaha... loser kot. 

jujur nye aku rasa macam bodoh je follow episod gaduh ni. tapi sumpah lawak. kalau di ikutkan logiknye,kalau ayu+zaquan=azuan ni bukan, mesti dorang dah melenting sebab macam dah burukkan nama dorang kan. kan????

aku ni bukan peminat setia rita. aku minat rita belakon tapi dah lama xnampak dia kat tv. kalau ikut kat minat aku kat ayu lebih lagi kot.. sebab gemersik kalbu baru je habis kan.

aku suka rita, aku suka ayu. bila dorang gaduh, aku pn suka baca. 

pada aku, artis ni semua orang pandang. so, jaga laku && jaga jari juga bila nak taip untuk tatapan umum.

wasalam. 

p/s= hairan dengan diri sendiri. sejak bila pandai jadi kepochi artis nih. 

Saturday, February 11, 2012

hospital

Tahun ini aku pasif sangat. masa memang totally duk kat rumah. dan rumah ke-dua aku adalah 'HOSPITAL'

last post aku ada kata yang staff at hospital ipoh unit paliatif sangat baik. yaa dorang layan patients macam family sendiri. 

last week adik aku no 2 (angah) pulak masuk ward di hospital selayang untuk minor operation. seminggu kami berkampung kat hospital. aku && angah. kami berdua. ramai org hairan. mana mak?? mak kami sakit, so saya lah jaga adik. tunggu dia kat hospital. 

jujur itu pengalaman pertama aku tunggu org sakit kat hospital. aku sendiri x pernah masuk ward. dan pengalaman aku menarik. indah. dan aku ingat sampai sekarang.

aku pn x pasti fenomena di hospital kerajaan dah berubah atau nasib kami mmg baik sebab dapat layanan baik. 

bukan apa, selalu aku dengar layanan dari 'misi' ni kasar. cakap nya garang. muka xnak senyum. ops!! :x

tapi pengalaman aku lain.

seminggu aku kat hospital, xd rasa lama pn. time balik rasa sayang ade lah. padahal bukan ade mamat or doctor hensem pn. haha. LOL. 

serious aku cakap, nurse kat sana mmg baik baik. xd marah marah. cakap elok je. macam kawan. senyum je. budak budak pelatih pn okay. nama pesakit pn dorang ingat. sumpah macam kawan. dengan yang si tukang tunggu pn dorang layan elok. aku lah tu.

kalau macam ni punya layanan, baru lah pesakit x stress. boleh cepat kuar ward. macam angah. sehari je lepas operation dah boleh balik. tapi x kata jugak, aku mmg salute kat adik aku sorang ni, die mmg kuat semangat. before masuk operation theater still boleh pose && senyum gurau gurau. kalau aku entah lah. 

berbalik pada nurse, seminggu aku duk situ, aku terdetik satu je. "banyak pahala dorang"
ye lah, berak, kencing, kahak, nanah, darah semua mereka hadap. yang tinggal keikhlasan mereka. ikhlas kah mereka. 

tapi aku rasa insyaAllah nurse kat ward itu banyak dah kot kumpul pahala. sebab, menyenangkan orang lain. dengan senyuman && layanan baik dari dorang. dorang menyenangkan hati orang sakit && si tukang tunggu ni. 

antara doa yang dimakbulkan Allah adalah doa dari orang sakit. kalau nurse baik, didoakan baik oleh patients. begitu juga sebaliknya. para jururawat seluruh dunia boleh pilih jalan mana yang nak mereka pilih.


Thursday, January 19, 2012

true LOVE

aku suka ikut mak pergi hospital. sebab di unit emak mendapat rawatan, aku dapat rasa apa itu bahagia, bersyukur, && tenang. walaupun kadang tu terpaksa menunggu berjam-jam.


di sana aku boleh nampak kasih sayang sejati.


antara suami && isteri. yang dah tua, tapi sangat loving.
antara anak lelaki && ibunya. tersangat hensem lah lelaki itu sebab dia tunggu ibunya. 
dan antara doktor nurse && pesakit serta keluarga pesakit. mereka sangat baik. tiada seumur 24 tahun hidup aku berada di unit hospital yang sangat ambil berat. ikhlas.


kat sana jugak aku belajar untuk bersyukur. 


ramai yang lebih kritikal dari keadaan kita.
aku juga bersyukur kerana Allah beri aku hati yang 'berhati perut'
dan aku berterima kasih kerana masih diberi kesempatan.


Alhamdulillah. .



Wednesday, January 11, 2012

Hello 24

24 tahun lalu, iaitu pada umur emak aku 26 tahun 5 hari, emak telah memberanak kan aku. dengan erta kata lain, today is my bufday. (actually; yesterday was my birthday. staring 10jan, when post 11jan)

thanks mum && dad for bringing me to this wonderful world. syukur alhamdulillah. dah 24 tahun dapat aku terus menyedut udara dan terus bernyawa kerana jasa n usaha kalian. TQVM!!

xd ape pn yang aku harapkan bufday tahun ni melainkan kesihatan mak semakin baik dan dosa aku selama 24 tahun ini diampunkan. itu sahaja. tapi ni x boleh beli && x boleh mintak orang bagi kan.

~bangun pagi lepas bg mak makan ubat~
mak: mak mimpi "c" telefon kamu
aku: huh?? (senyum tawar n terus bawak cawan pergi dapo)
dalam hati: harap mimpi mak jadi kenyataan

~my sis call~
angah: ada nak ape ape ke yong?
aku: imam muda sorang
angah: itu mintak dengan doa, bukan boleh bayo!!

24. jujurnya sikit pn aku xd excited naik umur 24 ni. rasa macam dah dewasa. tahap dah kene kawen. my mum pn kawen umur 24. but at this point aku wish ada kat tingkatan 4. 

secara logika nye mmg umur macam ni fikir pasal kawen. pasal anak. tapi aku dah ade anak kucen kira ok dah kot. kan??? 

stop lah pasal kawen kawen ni, kalau sampai jodoh mane tahu tetibe aku kawen dulu. haha. time tu aku sendiri pn jadi beruk sebab terkejut.

nway,,,,

thanks to Facebook sebab ada bufday alert tu. so boleh la aku dapat wish dalam agak ratus jugak. walaupn hanya HB (aku tetap reply TQ). HB cukup sekadar lepas syarat bila naik alert kat tepi tu kan. xkan lah dah nampak buat buat x nampak kan. hahaha.. kadang aku pn macam tu. nway thanks a lotssss lah. spend several seconds of ur life to write on my wall wish bufday. 

pada yang wish panjang umur, murah rezeki, diberkhati dan x kurang juga jodoh && doa untuk anak aku, aku amin kan jugak. tQ. 

wish agak oh emm geeee:
"hepi bufday miza...smga tabah menghadapi ujian dari Nya.."

&

"selamat hari jadi yg ke 24 to my only sister Cik Miza..smoge sihat slalu n dmurahkan rezeki..n smoge cpat kawen juge..x sbr nk ada ank sedare btol2x pnye..hehe =)"

&&

"happy birthday cik miza oii...bila teman nk dpt anak buah?..hehe all the best!! .. happy sllu..^_^"

&&&

"selamat hari lahir yong.. semoga yong dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kebahagian seumur hidup.. n semoga cepat bertemu jodoh.. umie ni dh tak sabo nk mkn nasi minyak yong... :)"


ameen ameeen ameeeen ya rabbal alameeeen..

thanks a lotssssssssssss for the doa.

Wednesday, January 4, 2012

dah sebulan, lebih sebenarnye aku berhenti kerja. tapi alhamdulillah sampai hari ni kawan-kawan office still call tanya khabar aku && mak. rasa sejuk hati orang still ingat kat kita walaupn kita dah tinggalkan dorang. 

kawan baik aku pun macam tu. itu lah kan yang dinamakan kawan. memang ipoh n tapah xd jauh sangat. 7ringgit 2posen je duit tol. tapi dorang datang jugak. buat semangat katanya. bahagia aku rasa. diploma je sesame, pastu masing2 buat hal sendiri. tapi masing2 dekat je kat hati. thanks. (:

keadaan mak alhamdulillah. makin sihat. makin segar. makin ceria. walaupum doc kata mak punya lung cancer dah tahap 3-4, tapi aku yakin mak boleh sembuh. kuasa Allah adalah segala-sagalanya. 

ada seorang jiran ni bila datang mejenguk mak aku rasa seronok. tambah kuat n macam bg harapan dengar kata-kata dia. makcik ni orang kelantan, manis je muka dia. husband dia cancer otak. doctor kata tunggu masa je nak meletup. keadaan cancer tu dah macam gunung berapi. kalau pecah akan mati. untuk buat pembedahan pun 10% je harapan berjaya. kalau x buat pembedahan tu, akan mati jugak. paling tidak kita mencuba -kata makcik tu. alhamdulillah, dah 2 tahun pn pembedahan tu berlalu. 

mula-mula dapat tahu penyakit si suami, mkcik ni jadi murung. langsung x mahu jumpa sesiapa. dia terus rasa dunia dia gelap. 
tetapi, pada awal perubatan yang buat dia kuat semula kerana ayat doctor macam ni. 
"Allah pilih kita untuk penyakit ni. kita kena bersyukur. kita insan terplih. Semuanya mesti ada hikmah"



Sunday, January 1, 2012

macam tak percaya je. rasa macam drama pn ade time doc diagnose mengenai penyakit mak. aku rasa macam nak pitam. berhenti nafas sekejap. allahuakbar. itu je yang termampu.


apa lah agaknya perasaan mak waktu dengar. aku tengok mak tunduk aje. 


subhanallah. aku mesti kuat. aku mesti kuat!!