aku suka ikut mak pergi hospital. sebab di unit emak mendapat rawatan, aku dapat rasa apa itu bahagia, bersyukur, && tenang. walaupun kadang tu terpaksa menunggu berjam-jam.
di sana aku boleh nampak kasih sayang sejati.
antara suami && isteri. yang dah tua, tapi sangat loving.
antara anak lelaki && ibunya. tersangat hensem lah lelaki itu sebab dia tunggu ibunya.
dan antara doktor nurse && pesakit serta keluarga pesakit. mereka sangat baik. tiada seumur 24 tahun hidup aku berada di unit hospital yang sangat ambil berat. ikhlas.
kat sana jugak aku belajar untuk bersyukur.
ramai yang lebih kritikal dari keadaan kita.
aku juga bersyukur kerana Allah beri aku hati yang 'berhati perut'
dan aku berterima kasih kerana masih diberi kesempatan.
Alhamdulillah. .
1 comment:
tabah menghadapi segala cabaran :)
Post a Comment