aku suka ikut mak pergi hospital. sebab di unit emak mendapat rawatan, aku dapat rasa apa itu bahagia, bersyukur, && tenang. walaupun kadang tu terpaksa menunggu berjam-jam.
di sana aku boleh nampak kasih sayang sejati.
antara suami && isteri. yang dah tua, tapi sangat loving.
antara anak lelaki && ibunya. tersangat hensem lah lelaki itu sebab dia tunggu ibunya.
dan antara doktor nurse && pesakit serta keluarga pesakit. mereka sangat baik. tiada seumur 24 tahun hidup aku berada di unit hospital yang sangat ambil berat. ikhlas.
kat sana jugak aku belajar untuk bersyukur.
ramai yang lebih kritikal dari keadaan kita.
aku juga bersyukur kerana Allah beri aku hati yang 'berhati perut'
dan aku berterima kasih kerana masih diberi kesempatan.
Alhamdulillah. .
Thursday, January 19, 2012
Wednesday, January 11, 2012
Hello 24
24 tahun lalu, iaitu pada umur emak aku 26 tahun 5 hari, emak telah memberanak kan aku. dengan erta kata lain, today is my bufday. (actually; yesterday was my birthday. staring 10jan, when post 11jan)
thanks mum && dad for bringing me to this wonderful world. syukur alhamdulillah. dah 24 tahun dapat aku terus menyedut udara dan terus bernyawa kerana jasa n usaha kalian. TQVM!!
xd ape pn yang aku harapkan bufday tahun ni melainkan kesihatan mak semakin baik dan dosa aku selama 24 tahun ini diampunkan. itu sahaja. tapi ni x boleh beli && x boleh mintak orang bagi kan.
~bangun pagi lepas bg mak makan ubat~
mak: mak mimpi "c" telefon kamu
aku: huh?? (senyum tawar n terus bawak cawan pergi dapo)
dalam hati: harap mimpi mak jadi kenyataan
~my sis call~
angah: ada nak ape ape ke yong?
aku: imam muda sorang
angah: itu mintak dengan doa, bukan boleh bayo!!
24. jujurnya sikit pn aku xd excited naik umur 24 ni. rasa macam dah dewasa. tahap dah kene kawen. my mum pn kawen umur 24. but at this point aku wish ada kat tingkatan 4.
secara logika nye mmg umur macam ni fikir pasal kawen. pasal anak. tapi aku dah ade anak kucen kira ok dah kot. kan???
stop lah pasal kawen kawen ni, kalau sampai jodoh mane tahu tetibe aku kawen dulu. haha. time tu aku sendiri pn jadi beruk sebab terkejut.
nway,,,,
thanks to Facebook sebab ada bufday alert tu. so boleh la aku dapat wish dalam agak ratus jugak. walaupn hanya HB (aku tetap reply TQ). HB cukup sekadar lepas syarat bila naik alert kat tepi tu kan. xkan lah dah nampak buat buat x nampak kan. hahaha.. kadang aku pn macam tu. nway thanks a lotssss lah. spend several seconds of ur life to write on my wall wish bufday.
pada yang wish panjang umur, murah rezeki, diberkhati dan x kurang juga jodoh && doa untuk anak aku, aku amin kan jugak. tQ.
wish agak oh emm geeee:
"hepi bufday miza...smga tabah menghadapi ujian dari Nya.."
&
"selamat hari jadi yg ke 24 to my only sister Cik Miza..smoge sihat slalu n dmurahkan rezeki..n smoge cpat kawen juge..x sbr nk ada ank sedare btol2x pnye..hehe =)"
&&
"happy birthday cik miza oii...bila teman nk dpt anak buah?..hehe all the best!! .. happy sllu..^_^"
&&&
"selamat hari lahir yong.. semoga yong dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kebahagian seumur hidup.. n semoga cepat bertemu jodoh.. umie ni dh tak sabo nk mkn nasi minyak yong... :)"
ameen ameeen ameeeen ya rabbal alameeeen..
thanks a lotssssssssssss for the doa.
Wednesday, January 4, 2012
dah sebulan, lebih sebenarnye aku berhenti kerja. tapi alhamdulillah sampai hari ni kawan-kawan office still call tanya khabar aku && mak. rasa sejuk hati orang still ingat kat kita walaupn kita dah tinggalkan dorang.
kawan baik aku pun macam tu. itu lah kan yang dinamakan kawan. memang ipoh n tapah xd jauh sangat. 7ringgit 2posen je duit tol. tapi dorang datang jugak. buat semangat katanya. bahagia aku rasa. diploma je sesame, pastu masing2 buat hal sendiri. tapi masing2 dekat je kat hati. thanks. (:
keadaan mak alhamdulillah. makin sihat. makin segar. makin ceria. walaupum doc kata mak punya lung cancer dah tahap 3-4, tapi aku yakin mak boleh sembuh. kuasa Allah adalah segala-sagalanya.
ada seorang jiran ni bila datang mejenguk mak aku rasa seronok. tambah kuat n macam bg harapan dengar kata-kata dia. makcik ni orang kelantan, manis je muka dia. husband dia cancer otak. doctor kata tunggu masa je nak meletup. keadaan cancer tu dah macam gunung berapi. kalau pecah akan mati. untuk buat pembedahan pun 10% je harapan berjaya. kalau x buat pembedahan tu, akan mati jugak. paling tidak kita mencuba -kata makcik tu. alhamdulillah, dah 2 tahun pn pembedahan tu berlalu.
mula-mula dapat tahu penyakit si suami, mkcik ni jadi murung. langsung x mahu jumpa sesiapa. dia terus rasa dunia dia gelap.
tetapi, pada awal perubatan yang buat dia kuat semula kerana ayat doctor macam ni.
"Allah pilih kita untuk penyakit ni. kita kena bersyukur. kita insan terplih. Semuanya mesti ada hikmah"
Sunday, January 1, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)