Tuesday, June 3, 2014

#throwback 2 tahun lepas

Teringat kisah 2 tahun lepas.. Time ni, nk tdo last cium mak time masih ada nyawa dia. Lepas smyg isya' rutin lari sikit. Selalu baca yassin, tp malam tu tukar. Rasa mcm nk ngaji yg utk khatam quran tu. Baca ayat2 muqadam. Terdetik jugak kenapa ye. Dah selak surah yassin, tapi terus langkah pergi juz 30. Penutup fatihah. Malam tu first day bncg ngan ayah n adek, badan yong mcm dah x larat. Siang malam lgsg x tdo dah 3 4 hari. Kita gilir2 lah. Lepas isya ayah tdo, dalam pukul 12-1 yong tdo adek tunggu mk ye. Adek nk tdo gerak ayah, subuh gerak yong. Bukan jauh pn yong tdo, kt kerusi sebelah mak je. Rasa mcm tdo malam tu lena sgt. 

Tetibe ayah gerak, "yong2 bgun, tgk oksigen mak. Rosak ke" kelam kabut bangun, terus cek mesin dia. Ok. Cek kt hidung, terbenti kejap. Kenapa diam? Kenapa dada x gerak? Lama pandang mak. Terus masuk bilik adek,  "adek cuba bgun tgk mak ni" Kenapa? Td ok je. Adek baru masuk bilik kot. Adek tgk, "yong mk dah xd ke?" Xsampai 15 mnit kot adek baru je masuk bilik. Terus pandang ayah, "td ayah bgun terus duk kt mak, zikir2  kt dia, pastu ayah amek air kt dapur pusing balik dah xd nafas dia. Td ok" 

Berbulan yong jaga mak, baru malam tu yong mntak tdo kejap, mak terus tinggalkan yong selamanya.. Mmg Allah bg yong tdo lah utk malam2 selepas itu. Nk tdo sangat kan. Seorang ibu sanggup x tdo malam jaga anak dia yg sangat kuat meragam time kecik. Tp xterbalas pn jasa tu dengan jaga mak sakit. Walau berbulan mak sakit tp tenang, xd susahkan langsung. 

Allah bg yong kekuatan yg amat hebat. Setitis air mata pn x keluar saat uruskan jenazah. Sampai tika selesai kapan. Time kebumi pn yong tenang. Yong tau mak akan tenang kt sana. 

Semua pasal hari itu still segar. Muka sorang2 yg tolong sampai ke liang masih yong ingat. Hidup mak byk senang kan org, buat baik kt org. Mati mak ramai yg senangkan urusan. Alhamdulillah. 

Tapi lepas selesai kebumi yong rasa mcm baru sedar. Ye baru sedar. Yong dah xd mak. Bukan senang nk ubah jadual. Malam first tdo rumah acik lgsg x boleh lelap. Esok ajak ayah balik rumah. Lagi x senang. Katil kosong. Rak ubat. Mesin oksigen. Baru la rasa sangat!! Kucing mcm paham. Duk jilat air mata. Rasa nk jerit je. Time tu bila adek2 dah balik, yong rasa dunia yong kosong sangat. Menagis semahu-mahunya. 

Terus call ayah suruh uruskan transpot nk pulang semua bantuan katil, kerusi roda, segala. Kemas buang segala ubat. Derma pampers n segala peralatan mak kt hospital. Jujur x sanggup x boleh hadap x boleh terima. 

Jujur yong sanggup bela mak berapa lama pn asal mak ada depan mata. Tp yong juga tau, Allah dah tetapkan jalan terbaik. 


Mak adalah org yg paling rapat n bff dalam hidup. berat masalah, gaduh dengan zani, allah selalunya tetapkan utk mimpi mak bg nasihat. Kadang rasa xbleh belah pn ada. Gaduh ngan zani sampai bawak tdo, mpi mak kene marah kenapa buat perangai gtu. 

Tuesday, October 22, 2013

kembali

entah kenapa, tiba-tiba malam ni, entah angin apa, buat aku bukak bloh aku ni dulu.. 

aku baca balik entry aku

rasa macam dah 5 6 tahun aku tinggal blog ni

terlalu terlalu terlalu lampau banyak yg berubah.

xsampai 2 tahun

satu je sebab nye

sebab mak aku dah meninggal.

satu ibu meninggal mengubah banyak perkara dalam hidup anaknya.


Wednesday, April 25, 2012

cinta lepas nikah

boleh percaya ke dengan cinta selepas kawen??

kalau kita tgk drama tv mmg semua happy ending. vanilla coklat, gemersik kalbu, mmg semua pakat manis gile sampai boleh kerat kaki lah.

tapi ni in the real life. bukan dari novel buat drama. senyam senyum je aku depan tv. tapi x semua drama lah. bicara hati aku tgk macam nak mengamuk tah hape2. rosak novel tuh!! laaaa... ni dah kenapa pulak aku luah perasaan pasal drama tv ni!!

back to the story, cinta lepas kawen. org yg agak rapat jugak dengan aku. kawen ikut pilihan keluarga. fuhhh.. seram. xsampai setahun. lari balik rumah mak. kita kan x kenal perangai pasangan kita tu.. beranak la jugak sorang. baru nak masuk 3 tahun anak nye bercerai.

ada ke org cinta lepas kawen tapi bukan fmily punya pilihan? ada jugak kan macam ally iskandar tu. buat masa ni still loving2 lah kan.

kalau seorang lelaki yang kita kenal gitu-gitu je ajak kite kawen, agak agak boleh terima x?
alasanya, cinta boleh datang lepas kawen. duduk berasingan pn xpa, hujung mgu boleh jumpa. yang penting halal, walaupn duduk berasingan, bila jmpa xd dah risau dosa bila semua dah halal. 

rasa cair kejap kan kalau pmpuan dapat ayat macam ni.. 

huhuuhuuuu



Wednesday, February 15, 2012

kepochi jugak aku ni.

semalam aku xboleh tido. xd keje duk tgk la TL aku. dah lewat2 TL slow sikit. tapi banyak twitt dari rita rudaini n peminat dia lah. cakap pasal bob, azuan, gambar belakag. aku pn x puas hati nak tahu gak cerita apa yang dorang sembangkan tu.. huhuu... macam dah xd keje dah aku nak sebok hal artis kan..

aku pn calit sana, calit sini samsung aku ni then aku pn jumpa la apa yang dorang borakkan. acc twitter yang bernama bob azuan. 

fuhh!!!! terkejut beruk kot aku baca twitt dia. bahasa subhanallah. dia bukan random twitt kalau kot kot 'sapa makan cili dia yang terasa pedas' tapi dia twitt n reply twitt rita bersama fan dia. 

sebagai contohnye lah: 
fan: sabar lah kak, mungkin ada hikmah
rita: insyaalah
bob azuan: ko x kenal rita pandai berlakon bodohkan peminat. perangai perempuan ni %^&*#

aku pn x faham kenapa lelaki/perempuan ni bengang dengan simpati fan si rita rudaini tu. siap kata fan rita bodoh kot. terasa jugak aku.

yang aku nak gelak, tetibe dia mengaku jurugambar kepada si zaquan. padahal si bob azuan ni pernah twitt "esok start shoot ghafiri untuk tv al-hijrah...." mungkin bob azuan ni juru gambar peribadi kepada ayu+zaquan=azuan.. 

tup tup tup beautiful nara dah update blog pasal gaduh dorang ni.. sempat sungguh abang nara dalam pada dapat bby tu ye. padahal gaduh dorang tu x sampai ke hujung lagi.(nama bby boy abg nara Aariz. aku rasa abg nara peminat setia Aaron Aziz. tu pasal jadi Aariz)

lagi tup tup tup, bob azuan dah delete account twitter dia. hahaha... loser kot. 

jujur nye aku rasa macam bodoh je follow episod gaduh ni. tapi sumpah lawak. kalau di ikutkan logiknye,kalau ayu+zaquan=azuan ni bukan, mesti dorang dah melenting sebab macam dah burukkan nama dorang kan. kan????

aku ni bukan peminat setia rita. aku minat rita belakon tapi dah lama xnampak dia kat tv. kalau ikut kat minat aku kat ayu lebih lagi kot.. sebab gemersik kalbu baru je habis kan.

aku suka rita, aku suka ayu. bila dorang gaduh, aku pn suka baca. 

pada aku, artis ni semua orang pandang. so, jaga laku && jaga jari juga bila nak taip untuk tatapan umum.

wasalam. 

p/s= hairan dengan diri sendiri. sejak bila pandai jadi kepochi artis nih. 

Saturday, February 11, 2012

hospital

Tahun ini aku pasif sangat. masa memang totally duk kat rumah. dan rumah ke-dua aku adalah 'HOSPITAL'

last post aku ada kata yang staff at hospital ipoh unit paliatif sangat baik. yaa dorang layan patients macam family sendiri. 

last week adik aku no 2 (angah) pulak masuk ward di hospital selayang untuk minor operation. seminggu kami berkampung kat hospital. aku && angah. kami berdua. ramai org hairan. mana mak?? mak kami sakit, so saya lah jaga adik. tunggu dia kat hospital. 

jujur itu pengalaman pertama aku tunggu org sakit kat hospital. aku sendiri x pernah masuk ward. dan pengalaman aku menarik. indah. dan aku ingat sampai sekarang.

aku pn x pasti fenomena di hospital kerajaan dah berubah atau nasib kami mmg baik sebab dapat layanan baik. 

bukan apa, selalu aku dengar layanan dari 'misi' ni kasar. cakap nya garang. muka xnak senyum. ops!! :x

tapi pengalaman aku lain.

seminggu aku kat hospital, xd rasa lama pn. time balik rasa sayang ade lah. padahal bukan ade mamat or doctor hensem pn. haha. LOL. 

serious aku cakap, nurse kat sana mmg baik baik. xd marah marah. cakap elok je. macam kawan. senyum je. budak budak pelatih pn okay. nama pesakit pn dorang ingat. sumpah macam kawan. dengan yang si tukang tunggu pn dorang layan elok. aku lah tu.

kalau macam ni punya layanan, baru lah pesakit x stress. boleh cepat kuar ward. macam angah. sehari je lepas operation dah boleh balik. tapi x kata jugak, aku mmg salute kat adik aku sorang ni, die mmg kuat semangat. before masuk operation theater still boleh pose && senyum gurau gurau. kalau aku entah lah. 

berbalik pada nurse, seminggu aku duk situ, aku terdetik satu je. "banyak pahala dorang"
ye lah, berak, kencing, kahak, nanah, darah semua mereka hadap. yang tinggal keikhlasan mereka. ikhlas kah mereka. 

tapi aku rasa insyaAllah nurse kat ward itu banyak dah kot kumpul pahala. sebab, menyenangkan orang lain. dengan senyuman && layanan baik dari dorang. dorang menyenangkan hati orang sakit && si tukang tunggu ni. 

antara doa yang dimakbulkan Allah adalah doa dari orang sakit. kalau nurse baik, didoakan baik oleh patients. begitu juga sebaliknya. para jururawat seluruh dunia boleh pilih jalan mana yang nak mereka pilih.


Thursday, January 19, 2012

true LOVE

aku suka ikut mak pergi hospital. sebab di unit emak mendapat rawatan, aku dapat rasa apa itu bahagia, bersyukur, && tenang. walaupun kadang tu terpaksa menunggu berjam-jam.


di sana aku boleh nampak kasih sayang sejati.


antara suami && isteri. yang dah tua, tapi sangat loving.
antara anak lelaki && ibunya. tersangat hensem lah lelaki itu sebab dia tunggu ibunya. 
dan antara doktor nurse && pesakit serta keluarga pesakit. mereka sangat baik. tiada seumur 24 tahun hidup aku berada di unit hospital yang sangat ambil berat. ikhlas.


kat sana jugak aku belajar untuk bersyukur. 


ramai yang lebih kritikal dari keadaan kita.
aku juga bersyukur kerana Allah beri aku hati yang 'berhati perut'
dan aku berterima kasih kerana masih diberi kesempatan.


Alhamdulillah. .



Wednesday, January 11, 2012

Hello 24

24 tahun lalu, iaitu pada umur emak aku 26 tahun 5 hari, emak telah memberanak kan aku. dengan erta kata lain, today is my bufday. (actually; yesterday was my birthday. staring 10jan, when post 11jan)

thanks mum && dad for bringing me to this wonderful world. syukur alhamdulillah. dah 24 tahun dapat aku terus menyedut udara dan terus bernyawa kerana jasa n usaha kalian. TQVM!!

xd ape pn yang aku harapkan bufday tahun ni melainkan kesihatan mak semakin baik dan dosa aku selama 24 tahun ini diampunkan. itu sahaja. tapi ni x boleh beli && x boleh mintak orang bagi kan.

~bangun pagi lepas bg mak makan ubat~
mak: mak mimpi "c" telefon kamu
aku: huh?? (senyum tawar n terus bawak cawan pergi dapo)
dalam hati: harap mimpi mak jadi kenyataan

~my sis call~
angah: ada nak ape ape ke yong?
aku: imam muda sorang
angah: itu mintak dengan doa, bukan boleh bayo!!

24. jujurnya sikit pn aku xd excited naik umur 24 ni. rasa macam dah dewasa. tahap dah kene kawen. my mum pn kawen umur 24. but at this point aku wish ada kat tingkatan 4. 

secara logika nye mmg umur macam ni fikir pasal kawen. pasal anak. tapi aku dah ade anak kucen kira ok dah kot. kan??? 

stop lah pasal kawen kawen ni, kalau sampai jodoh mane tahu tetibe aku kawen dulu. haha. time tu aku sendiri pn jadi beruk sebab terkejut.

nway,,,,

thanks to Facebook sebab ada bufday alert tu. so boleh la aku dapat wish dalam agak ratus jugak. walaupn hanya HB (aku tetap reply TQ). HB cukup sekadar lepas syarat bila naik alert kat tepi tu kan. xkan lah dah nampak buat buat x nampak kan. hahaha.. kadang aku pn macam tu. nway thanks a lotssss lah. spend several seconds of ur life to write on my wall wish bufday. 

pada yang wish panjang umur, murah rezeki, diberkhati dan x kurang juga jodoh && doa untuk anak aku, aku amin kan jugak. tQ. 

wish agak oh emm geeee:
"hepi bufday miza...smga tabah menghadapi ujian dari Nya.."

&

"selamat hari jadi yg ke 24 to my only sister Cik Miza..smoge sihat slalu n dmurahkan rezeki..n smoge cpat kawen juge..x sbr nk ada ank sedare btol2x pnye..hehe =)"

&&

"happy birthday cik miza oii...bila teman nk dpt anak buah?..hehe all the best!! .. happy sllu..^_^"

&&&

"selamat hari lahir yong.. semoga yong dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kebahagian seumur hidup.. n semoga cepat bertemu jodoh.. umie ni dh tak sabo nk mkn nasi minyak yong... :)"


ameen ameeen ameeeen ya rabbal alameeeen..

thanks a lotssssssssssss for the doa.

Wednesday, January 4, 2012

dah sebulan, lebih sebenarnye aku berhenti kerja. tapi alhamdulillah sampai hari ni kawan-kawan office still call tanya khabar aku && mak. rasa sejuk hati orang still ingat kat kita walaupn kita dah tinggalkan dorang. 

kawan baik aku pun macam tu. itu lah kan yang dinamakan kawan. memang ipoh n tapah xd jauh sangat. 7ringgit 2posen je duit tol. tapi dorang datang jugak. buat semangat katanya. bahagia aku rasa. diploma je sesame, pastu masing2 buat hal sendiri. tapi masing2 dekat je kat hati. thanks. (:

keadaan mak alhamdulillah. makin sihat. makin segar. makin ceria. walaupum doc kata mak punya lung cancer dah tahap 3-4, tapi aku yakin mak boleh sembuh. kuasa Allah adalah segala-sagalanya. 

ada seorang jiran ni bila datang mejenguk mak aku rasa seronok. tambah kuat n macam bg harapan dengar kata-kata dia. makcik ni orang kelantan, manis je muka dia. husband dia cancer otak. doctor kata tunggu masa je nak meletup. keadaan cancer tu dah macam gunung berapi. kalau pecah akan mati. untuk buat pembedahan pun 10% je harapan berjaya. kalau x buat pembedahan tu, akan mati jugak. paling tidak kita mencuba -kata makcik tu. alhamdulillah, dah 2 tahun pn pembedahan tu berlalu. 

mula-mula dapat tahu penyakit si suami, mkcik ni jadi murung. langsung x mahu jumpa sesiapa. dia terus rasa dunia dia gelap. 
tetapi, pada awal perubatan yang buat dia kuat semula kerana ayat doctor macam ni. 
"Allah pilih kita untuk penyakit ni. kita kena bersyukur. kita insan terplih. Semuanya mesti ada hikmah"



Sunday, January 1, 2012

macam tak percaya je. rasa macam drama pn ade time doc diagnose mengenai penyakit mak. aku rasa macam nak pitam. berhenti nafas sekejap. allahuakbar. itu je yang termampu.


apa lah agaknya perasaan mak waktu dengar. aku tengok mak tunduk aje. 


subhanallah. aku mesti kuat. aku mesti kuat!!

Monday, December 26, 2011

berubah

dah dekat sebulan menghabiskan masa dengan mak. dalam kata laen, sudah sebulan juga lah aku di rumah. x bekerja. tapi aku bukan menganggur. kat rumah aku pegang banyak jawatan. mak kata aku misi, aku chef, && aku jugak bibik. 

tapi hakikatnya aku hanya memegang satu title; "ANAK" aku adalah seorang anak perempuan sulung yang hanya mempunyai satu emak.

mak aku seorang yang boleh cari duit sendiri walaupn ada seorang suami yang makan gaji. mak aku berniaga. mak aku seorang yang x boleh duduk diam. itu nak buat, ini nak buat. order tu ambil, order ni x boleh tolak. 

tapi ini semua dulu lah. dalam 2 atau 3 bulan dulu.

sekarang, hanya duduk dalam bilik atas katil. jika ada kawan mahupun saudara yang datang melawat juga akan ke bilik. mak x larat nak keluar. duduk x boleh lama.

"mak, walau apa pn yang kita dengan dari doctor, itu hanya teory. kita kene kuat tabah n berusaha kerana keputusan berada di tangan tuhan. insya-Allah mak baik nanti kita boleh pergi bercuti"

Monday, December 12, 2011

assalamualaikum~~~



dah lama dah x log-in sini
tengok tengok kawan kawan kat sini
nak start balik lah
rindu!!




bila ditengok tengok balik, almost half year x tengok blog. blog sendiri mahupun blog orang. rindu. 2 kali dah kata rindu.


last cerita pasal ayah. selamat hari ayah. padahal cerita aku sendiri dah banyak bertukar.


status pn dah berubah. dari student yang gile gile nak siapkan thesis sampai dapat result sampai dah convo dah pn. 
dari belum kerja sampai dah dapat gaji siap print payslips sampai lah dah tulis surat resign. ish ish ish.


cepat masa berlalu. macam macam yang terjadi dalam masa 6 bulan sahaja.


blog pn, bila jalan jalan tadi ada yg masih aktif macam dulu, ada yang duk takuk tu jugak dan ada jugak yang dah tutup.


6 bulan. 


agak-agak 6 bulan lagi apa jadi ngan aku ye??

Sunday, June 5, 2011

you to me are everything~~~

you to me are everything.. ececeh!! aku ulang balik tajuk kat atas tu.. witt witttt (sambil kelip2 mata ala gatal gitu) 

fuhhh!!

selisih malaikat 44 la kalau dalam masa terdekat ni ada nak buat entry ala2 "boleh tuju lagu?" tadeeekkkk

actually, "you to me are everything" ni tajuk movie philipphine. cerita ni okay lah. tapi x ada lah yang sangat menarik dan tertarik pn. just bila dah start tgk, mesti nak taju ending walaupn dah mmg dapat agak kan. cane aku boleh tertengok cerita ni pn entah lah, yang sure petang semalam jam 5pm xd cerita best kat saluran laen. kebetulan cerita ni baru start. so, tgk je lah. kat citra. lagipn dah lama x layan "mahal kitak" ni. asyik duk tgk endon ajeee!! syok punya layan, sampai terlepas "cinta melody" aku.

macam yang aku cakap tadi, nak kata cerita ni best sgt tu x. boleh agak. philipine, malaysia, indonesia.. lebih kurang je jalan cerita. melayu. cuma yang boleh aku cakap, cerita ni kalau nak dibandingkan dengan cerita2 kat malaysia ni, die bawah sikit lah dari cakerama (xsure betul ke tidak nak sebut) kat tv3. kira cerita kira bagus banget dari dorang! 

cerita kisah pasal seorang mamat kaya yang tetibe jatuh miskin sebab bapak die muflis! so, semua harta kene rampas dengan bank. pastu jumpa dengan seorang minah kampung (datang dari pergunungan) perempuan ni instant kaya. tetibe dapat harta warisan daripada bapak die yang baru mati. ooo baru die tahu rupa2 nya bapak dia kaya. nak dijadikan cerita, perempuan tu diberi rumah yang telah dirampas oleh bank dari lelaki tadi.. sangat boleh diagakkan cerita ni? satu malam laki tu mabuk, die lupa balik rumah pmpuan tu. start dari situ dorang jumpa.. pastu pmpuan tu mintak laki tu keje ngan die, pastu bercinta... pastu mmg ada konflik sikit, tapi kompom lah cerita ni happy eding. kawen!! betul x aku cakap tadi, cerita ni melayu..

pompuan ni mmg animal lover taw!

yang x melayu nye cerita ni adalah kerana, peremouan tu punya pet. die punya binatang peliharaan. selalu aku tgk org bela kucen ke, hanjing ke..  ni die boleh bela "SNOWY~~~" manja je cara die panggil biantang tu. memula aku tgk memang menjerit lah. aku rasa ni antara cerita pertama yang aku tgk org bela binatang ni punya sayang. sumpah aku geli. xd deria bau ke hape tah hidong deme ni. 

aku bukan nak kate lah, korang tgk sendiri kay...

aku rasa terhina sebab minat PINK! babi punya babi.
sumpah weh, binatang ni dalam cerita ni macam tuan puteri lah. berkasut, pakai skrit, dengan cermin mata bagai. tempat tidur die pn hebat. kira superb lah layanan binatang ni dapat. siap ada satu pembantu khas untuk jaga dia. ini baru betul-betul fuhhh!! tgk je lah heroin cerita ape punya eksaited dokong dia. boleh kata hampir semua  babak ada si snowy ni. yang paling x tahan bila binatang ni bunyi. eawww~~~~


agak2 kene samak x blog aku nih?? O.EM.GEEE,,,, O.EM.GEEEE (ala2 shuib sepah)

Wednesday, June 1, 2011

bila ramai yang ambil berat tentang kehidupan kita

berdasarkan kepada tajuk kat atas tu, rasa macam konon diri ini amat diambil berat oleh masyarakat sekeliling. padahal, ayat yang paling sesuai adalah "orang keliling suke sebok hal orang" haaaaa!!!! lega dah aku kuar ayat nih. huhuuuu

kalau before ni aku dukung anak orang, aku pergi kenduri sebok orang bertanya "bila lagi, bila lagi kak wa, bila nak kenduri, yong bila pulak" selalu kalau dapat soalan macam ni, mak tolong back-up kan. "hish, masak pn x reti lagi". walaupn agak terasa ngan jawpaan mak, paling tidak aku xpayah nak jawab pape. ikut suke aku lah bila nak kawen. bukan mintak duit kenduri kat korang pn. even aku x kawen sekalipn, bukan kome yang malu ye dak???? aku tahu, sebenarnye dorang ni prihatin. tapi aku mude lagi, anak kome yang gatei kawen awei sangat!! (keluar habis lorat negeri aku)

tapi sekarang laen pulak soalannya. lagi pedih dari yang kawen ni. seolah2 perli pn ade. soalan yang konon2 nye macam aku ni x elok lah. 

DAH KERJA??

peduli apa aku dah keje ke belum. bukan korang yang bagi aku makan. bukan rumah korang aku menumpang. aku x kerja sebab aku belum lagi nak kerja. x salahkan korang, korang mmg prihatin bangettt!!! bila korang tanya dah keje dah?? kalau dijawab "tengah cuti" disoal balik sampai bila.. budak degree cuti sampai bulan 9 lah. apa salahnya kalau aku pn nak cuti sampai september. kalau dijawab "result xkuar lagi" disoal balik dengan "bukan uitm kuar result bulan 5?" -u'all memang amek tahu hal sekeliling, tapi x up-to-date lah.. yang xtahan, siap ada yang persoalkan "bukan dah lama sangat ke kamu cuti??" ini mmg type yang sangat2 prihatin nih!! salute aku. tabik,,,tabik,,, spring lagik!!


memang aku dah duduk dekat rumah mak ayah aku ni (padahal rumah kerajaan) dah lebih setengah tahun. dari oct tahun lepas. tapi sebab aku practical kat kawasan sini. itu dikira study jugak lah makcik. tak paham aku. kenapa korang risau sangat aku yang x keje ni. mak ayah aku pn x bising aku ade je depan mata dorang. bukannya kalau aku keje nanti, aku nak bagi 1% out of my gaji tu kat korang.. xd. xd pernah terfikir pn. kalau betul korang beriya sgt2, meh la bagi keje kat aku!


jujur cakap, bukan aku xnak buat part-time. keje kat kedai2 ke, mane ke.. tapi dah dah pernah kerja. for every semester punya cuti aku dah kerja lah dulu. bagi lah can aku rehat pulak. aku rasa aku xperlu nak explain kat korang kan benda ni. korang siapa??? 


cukuplah kalau korang doakan dengan hati yang ikhlas tentang kerjaya aku kalau korang betul2 prihatin.


sekian saja bebelan saya untuk kali ini.


terima kasih!



Tuesday, May 31, 2011

habis sudah penantian asmara!!

tamat dah cerita asmara... xsuke aku ending ceritanya. ini kira aku punya pendapat sendiri lah. kalau asyik nk menangkan si melati tu jek, bek bagi tajuk melati!!!!

dari episod satu asmara2 aku dah x suke, pastu aku follow gak. sebab bila dah episod 3 4 tu cerita dia macam nak okay. tapi, tetibe je kuar kat iklan, episod akhir. macam terlalu tiba-tiba. senang sangat nak habiskan cerita. mmg ala2 cerita indonlah. aku sebut balik ayat ni. ayat yang pernah aku sebut time episod pertama dulu.

kesimpulan::: "menyesl ku akui, follow cerita ni"

Sunday, May 29, 2011

pengantin remaj lah pulak kan...

sebagai seorang yang berehat dirumah (bukan sebab xnak kerja, tapi belum kerja. hehe) menghabiskan masa di hadapan tv adalah satu perkara yang tidak asing lagi.. hehe

astro tv3 tv9 oasis prima citra semua pn lumba-lumba nak tayang cerita cerita indonesia. saya xd masalah, suka lagi ada. 

tapi sekarang ni dah xd lah muka intan/sekar/cahaya. ataupn naysilla mirdad. kalau tidak muka dia aje. habis dia, dia lagi. kali ni berubah lah sikit.

kalau post before ni, muka elang ataupn randy pangalila yang saya bubuh, sebab syok sgt tgk muka dia cerita 'cinta melodi'. hemsem banget. seronok je tgk. huhuuuu tapi kali ni nak buh pulak ....

pengantin remaja
best cerita ni, xbanyak konflik, xpayah nak sedih2 sakit2 hati. gelak aje.... syokkk... dalam cerite ni seronok kawan die yang tita tu. comel suweet lurus bendul. suke suke. suke!!!


tapi nampaknye xdapat le nak merasa pengantin remaja. turn miza nanti, "pengantin TUA". haha (dalam hati sedih!)

Thursday, May 12, 2011

aku lah pengangur!

lama rasanya x menaip kat sini. sebab tangan or jari ni sekarang seronok duk nak menekan2 remote astro dari keybod lappy nih. macam balas dendam lah. hehehe

maunye x, lama dah rasanya kepala ni xd xd beban. selalunya ada je. haha paham ke kome?? sekarang ni xd nak fikir study. kerja pn belum nak fikir. hehe.. padahal kawan2 yang laen ramai dah yang dah mula kerja.

ikutkan hati nak relax puas2 dulu. bukan apa. b4 ni dari umur 5 tahun duk g kelas. lepas habis zaman kelas, practical pulak. on time kena masuk office dah, lagi straigh dari kelas. kalau class still boleh ponteng lagi. so lepas ni kalau kerja, komitmen tu jadi lagi kuat. so, sekarang ni nak ambek keputusan untuk rehat dulu! sebab, kalau dah start kerja, alamatmya pencen nanti lah baru dapat rehat balik. kecuali time cuti hari buruh lah. hehehehe.. (kira agak kukuh juga kan alasan nih untuk belum nak kerja?)

duk rumah bezzzzz sgt2. tapi yang x bestnya, badan dah naik lembik. bagun tido tgk tv makan tgk tv lagi hgantuk tdo bangun tgk tv lagi. tu je lah duk pusing2. (harap2 xd bakal mertua baca menda ni. kompem rejek!)

duk rumah kali ni ada beza nya jugak dari duk rumah dari sebelum pergi perlis hari tuh. satu, ikan laga ku dah mati. sedih jugak. tapi bak kata mak, nama pn ikan. nyawa-nyawa ikan. tapi dia mati macam nak gaya org. dalam smigu b4 mati tu, makan pn xnak. xd lah kalau paggil tu datang sua mulut nak makan. tapi lepas mati tu, eso lusa mak ganti dengan anak keli. besar2 kelinking. suka suka suka. 
selain dari ikan, dah ada bby baru. si manis! dulu manis ni x macam sekarang. pernah la saya  tulis pasal dia sebelum ni. 

next post lah nak cerita pasal manis. macam mana dia boleh dapat tempat dalam rumah ni.


Thursday, April 28, 2011

the real me

what important for me is "JUJUR"
please dont you ever hiding &&& manipulate. 
really cant accept. 


when this happen, really sorry. cant control my expression and staple a fake smile on my face towards you.


sorry kay. i cant even try!!

Wednesday, April 20, 2011

boleh tempah jubah konvo dah!

dengan berakhirnya latihan practical kat bank rakyat tapah tu, haruslah mengerti bahawasanya riwayat saya sebagai seorang pelajar akan tamat tidak lama lagi. mungkin dengan lebih tepat lagi pangkat atau status itu akan berubah menjadi pengangur!! alahaiiiiii itulah yang paling seram sekali bila dah tamat belajar nih.

tapi bukan senang nak habis kan belajar, bukan setakat tamat practical boleh grad terus. ada yang lebih dan sebenarnye sangat besar dari itu. THESIS!! inilah benda yang merupakan nyawa bagi sem ni.

thesis = proposal + present + hardcover

dua dah lepas, satu lagi tinggal. yang sebenarnya, nadi untuk markah sem ni adalah thesis yang merupakan buku yang kulit tebal yang konon-konon nya macam dasyat giller le. tapi semua yang pakat takut dekat present! jujur cakap, present tu antara macam hidup dan mati lah.

setel present relax semua. macam lepas satu beban besaaaar punya atas kepala. padahal yang menunggu nya selepas present. tapi apa yang jadi, lepas present semua buat relax. termasuk lah yang sedang duk menaip nih. xmau nak datang mood untuk repair proposal tuh.  jadi malas macam mana tah. sukar untuk di gambarkan.

wargh!!!!! nak balik rumah. tapi ade lagi yang x setel. tapi yang betul nya adalah WARGHHHHHH NAK TENGOK SENJAKALA!!!!!

tapi demi thesis ku, xpe ku tepikan dulu senjakala. sebab rata2 kawan keliling x minat cerita ni. so, xd sesape lah yang eksaited nak tengok cerita ni. hope, kawan yang dekat rumah tu ada yang eksaited. tu yang nak balik rumah tu. kalau nk follow g GSC Pavi khamis ni mmg xd sempatnye lah.

lagi dilema hujung minggu ni: Bank Rakyat vs UiTM's kengkawan~~~
berat jugak keputusan yang nak diambil nih..... ermmm yang mana satu.

yang pasti sayang nak lepaskan kawan2 kat uitm ni. sebab konfem lepas ni jumpa lagi time konvo. lepas tu kenduri kawen lah. start dengan siapa dulu lah agaknya. harap2 aku. hahahaha!!!! memang berangan lah!

perpisahan!! mencik taw!

Tuesday, April 12, 2011

trilogi cinta - drama tv1 last episod, SEDEH!! then ada sedikit merepek pasal tudung..

sedeh memang sedih.. sedih giller episod last Trilogi Cinta drama RTM nih.. 


orang laen yang tengok cerita ni mungkin tidak sesedih apa yang saya rasa kerana saya gagal untuk menonton episod akhir drama ni setelah berjaya tanpa missed walaupn satu episod dari episod satu sampai lah 39. huhhhhhhh memang sedih!


kalau ikutkan memang lah tahu jalan cerita drama ni sebab dah baca novel ni dari zaman sekolah menengah lagi. dan minggu lepas siap boleh re-read the third novel "tiada lagi mimpi"


kenapa yang sedih sangat padahal dah tahu dah ending cerita tu:: 
1) sebab x dapat tgk bad buat kali terakhir

2) sebab cerita ni tayangan RTM. xtahu mane nak tgk ulangan. kalau astro, mmg x heran. tv3 ada tonton. ni RTM weh.. sedeh!!

3) then, sebab nak compare imaginasi sendiri ngan rosyam noor mane lagi best.


kenapa sampai boleh terlepas??? 
- sebab adek ada olahraga, so xkan x g tgk kan. nak bg sokongan dan semangat. padahal petang tu duk berkira-kira nak tk adek ke nak tgk bad. even mak kata kalau nk tgk bad xyah ikut, tapi x sedap lah kan, huhuuu..... bad is no one, but adek is adek.

- habis je acara lompat kijang yang adek masuk tu, terus je gerak dari stadium tu. 9:45 pm. ada masa g ayah. dapat tgk sikit p okay lah. pecut lah masuk hiway..

- tapi mak pulak kata, ikut jalan lama. ada kedai makan kite renti lah. dapat tgk.. haram nak ade. semua kedai makan pasang mentor. ikut hati rase nak BAKOOOOOO je.


hampa sumpah hampa. tapi sumpah jugak sayang gile kat mak ayah. sanggup tu berenti every kedai makan tepi jalan tuk usha dorang pasang cerita apa. muwah muwah muwah!!!!


sikit pasal drama Trilogi Cinta:
- drama pertama kat tv1 sejak ada kot 10 tahun yang saya follow. mmg xpernah tgk drama bersiri kat tv1 tv2 sejak ada astro. alasannya sebab adaptasi dari novel favorite.

- walaupn drama ni xsehebat imaginasi sendiri (kita imagine, mesti lah over2 kan), tapi best. Rosyam Noor power kot. memang menjadi sangat lah die belakon. 

-jinah, dalam novel xd lah nak benci n geram, tapi drama rasa meluat sebab die macam nak ngade 2 sangat ngan seha. tandanya poziah gos punya ekspresi muka memang menjadi lah.

- seha, dalam novel ok ok je. drama jahat gile. tapi sayang, xdapat tgk seha jadi baik. sebab dalam novel dah hujung2 tuh die suweeeeet jugak

- last but not least BADRUL. my superhero. walaupun pada mulanya keras-keras saya katakan yang x suai langsung mamat ni bawak watak bad. bad tu super cool, hensem, macho semua yang tahap dewa punya lelaki pujaan punya ciri lah. tapi pelakon tu macam x syok je. macam x sesuai. tapi tu mula2 je lah. masuk je bab yang die boleh terima jinah kawen ngan razif, rasa macam "ya Allah, hensemya bad ni". terus nampak badrul tu hensem. sejak bila tukar mata ntah. huhuuuu~~~ 



kalau wujudlah lelaki macam "badrul" kat dunia nih, sila lah tampilkan diri
ceeewah ayat!


semua orang mesti pernah dengar, lelaki baik untuk perempuan yang baik je. sama lah jugak perempuan yang baik, masih untuk lelaki yang baik.
macamana untuk perempuan yang xberapa nak sempurna baiknya macam kita ni? maknanya untuk lelaki yang x berapa nak baik jugak lah kan?? jgn lupa baik itu sangat subjektif ok. sama juga macam badrul, pada mula nampak x hensem tetibe berubah jadi super hensem dimataku hanya kerana watak ala2 malaikat yang dibawaknya.(macam over plak ayat ni)


saya pernah dengar taw, kalau x silap rancangan dr fadhilah kamsah yang kat astro prima tu or oasis. xbrapa nak sure jugak.. seorang penonton tanya: 

"lelaki baik untuk perempuan baik, tapi macam mana pula dengan jiran saya. suami dia sangat baik, selalu ke surau, agama lengkap. tetapi isteri dia xpakai tudung. saya kesian dengan jiran saya tuh"

-jawapan ustaz tu, tidak semestinya yang tidak memakai tudung jahat atau xbaik. kurangnya wanita tu pada tidak bertudung. tapi lebihnya pada yang laen. yang tidak ditunjuk pada semua orang.

-- pada saya pulak, kesian pada yang bertanyakan soalan pada dr fadhilah kamsah tuh. nampak sgt buka aib sendiri. tengok buruk orang.


ermmm.... macam dah lari tajuk pulak. entah kenapa termasuk pulak bab bab tudung nih. tapi x bermakna saya kat sini bermegah dengan statement fadhilah kamsah tentang yang tidak bertudung tuh. juz teringat pernah dikatakan taraf lebih rendah dari jalang kerana ingkar arahan tidah memakai tudung. nauzubillah~~~


berbalik pada bad && seha, ada dua persoalan yang rasanya semua pn akan bertanya sesama sendiri...

ada lagi ke lelaki sebaik badrul kat dunia ni?
&&
mungkin kah ada perempuan nasibnya akan sebaik seha?

yang pasti, semuanya takdir dan rahsia tuhan....