Monday, December 26, 2011

berubah

dah dekat sebulan menghabiskan masa dengan mak. dalam kata laen, sudah sebulan juga lah aku di rumah. x bekerja. tapi aku bukan menganggur. kat rumah aku pegang banyak jawatan. mak kata aku misi, aku chef, && aku jugak bibik. 

tapi hakikatnya aku hanya memegang satu title; "ANAK" aku adalah seorang anak perempuan sulung yang hanya mempunyai satu emak.

mak aku seorang yang boleh cari duit sendiri walaupn ada seorang suami yang makan gaji. mak aku berniaga. mak aku seorang yang x boleh duduk diam. itu nak buat, ini nak buat. order tu ambil, order ni x boleh tolak. 

tapi ini semua dulu lah. dalam 2 atau 3 bulan dulu.

sekarang, hanya duduk dalam bilik atas katil. jika ada kawan mahupun saudara yang datang melawat juga akan ke bilik. mak x larat nak keluar. duduk x boleh lama.

"mak, walau apa pn yang kita dengan dari doctor, itu hanya teory. kita kene kuat tabah n berusaha kerana keputusan berada di tangan tuhan. insya-Allah mak baik nanti kita boleh pergi bercuti"

No comments: