Tuesday, June 3, 2014

#throwback 2 tahun lepas

Teringat kisah 2 tahun lepas.. Time ni, nk tdo last cium mak time masih ada nyawa dia. Lepas smyg isya' rutin lari sikit. Selalu baca yassin, tp malam tu tukar. Rasa mcm nk ngaji yg utk khatam quran tu. Baca ayat2 muqadam. Terdetik jugak kenapa ye. Dah selak surah yassin, tapi terus langkah pergi juz 30. Penutup fatihah. Malam tu first day bncg ngan ayah n adek, badan yong mcm dah x larat. Siang malam lgsg x tdo dah 3 4 hari. Kita gilir2 lah. Lepas isya ayah tdo, dalam pukul 12-1 yong tdo adek tunggu mk ye. Adek nk tdo gerak ayah, subuh gerak yong. Bukan jauh pn yong tdo, kt kerusi sebelah mak je. Rasa mcm tdo malam tu lena sgt. 

Tetibe ayah gerak, "yong2 bgun, tgk oksigen mak. Rosak ke" kelam kabut bangun, terus cek mesin dia. Ok. Cek kt hidung, terbenti kejap. Kenapa diam? Kenapa dada x gerak? Lama pandang mak. Terus masuk bilik adek,  "adek cuba bgun tgk mak ni" Kenapa? Td ok je. Adek baru masuk bilik kot. Adek tgk, "yong mk dah xd ke?" Xsampai 15 mnit kot adek baru je masuk bilik. Terus pandang ayah, "td ayah bgun terus duk kt mak, zikir2  kt dia, pastu ayah amek air kt dapur pusing balik dah xd nafas dia. Td ok" 

Berbulan yong jaga mak, baru malam tu yong mntak tdo kejap, mak terus tinggalkan yong selamanya.. Mmg Allah bg yong tdo lah utk malam2 selepas itu. Nk tdo sangat kan. Seorang ibu sanggup x tdo malam jaga anak dia yg sangat kuat meragam time kecik. Tp xterbalas pn jasa tu dengan jaga mak sakit. Walau berbulan mak sakit tp tenang, xd susahkan langsung. 

Allah bg yong kekuatan yg amat hebat. Setitis air mata pn x keluar saat uruskan jenazah. Sampai tika selesai kapan. Time kebumi pn yong tenang. Yong tau mak akan tenang kt sana. 

Semua pasal hari itu still segar. Muka sorang2 yg tolong sampai ke liang masih yong ingat. Hidup mak byk senang kan org, buat baik kt org. Mati mak ramai yg senangkan urusan. Alhamdulillah. 

Tapi lepas selesai kebumi yong rasa mcm baru sedar. Ye baru sedar. Yong dah xd mak. Bukan senang nk ubah jadual. Malam first tdo rumah acik lgsg x boleh lelap. Esok ajak ayah balik rumah. Lagi x senang. Katil kosong. Rak ubat. Mesin oksigen. Baru la rasa sangat!! Kucing mcm paham. Duk jilat air mata. Rasa nk jerit je. Time tu bila adek2 dah balik, yong rasa dunia yong kosong sangat. Menagis semahu-mahunya. 

Terus call ayah suruh uruskan transpot nk pulang semua bantuan katil, kerusi roda, segala. Kemas buang segala ubat. Derma pampers n segala peralatan mak kt hospital. Jujur x sanggup x boleh hadap x boleh terima. 

Jujur yong sanggup bela mak berapa lama pn asal mak ada depan mata. Tp yong juga tau, Allah dah tetapkan jalan terbaik. 


Mak adalah org yg paling rapat n bff dalam hidup. berat masalah, gaduh dengan zani, allah selalunya tetapkan utk mimpi mak bg nasihat. Kadang rasa xbleh belah pn ada. Gaduh ngan zani sampai bawak tdo, mpi mak kene marah kenapa buat perangai gtu. 

Tuesday, October 22, 2013

kembali

entah kenapa, tiba-tiba malam ni, entah angin apa, buat aku bukak bloh aku ni dulu.. 

aku baca balik entry aku

rasa macam dah 5 6 tahun aku tinggal blog ni

terlalu terlalu terlalu lampau banyak yg berubah.

xsampai 2 tahun

satu je sebab nye

sebab mak aku dah meninggal.

satu ibu meninggal mengubah banyak perkara dalam hidup anaknya.


Wednesday, April 25, 2012

cinta lepas nikah

boleh percaya ke dengan cinta selepas kawen??

kalau kita tgk drama tv mmg semua happy ending. vanilla coklat, gemersik kalbu, mmg semua pakat manis gile sampai boleh kerat kaki lah.

tapi ni in the real life. bukan dari novel buat drama. senyam senyum je aku depan tv. tapi x semua drama lah. bicara hati aku tgk macam nak mengamuk tah hape2. rosak novel tuh!! laaaa... ni dah kenapa pulak aku luah perasaan pasal drama tv ni!!

back to the story, cinta lepas kawen. org yg agak rapat jugak dengan aku. kawen ikut pilihan keluarga. fuhhh.. seram. xsampai setahun. lari balik rumah mak. kita kan x kenal perangai pasangan kita tu.. beranak la jugak sorang. baru nak masuk 3 tahun anak nye bercerai.

ada ke org cinta lepas kawen tapi bukan fmily punya pilihan? ada jugak kan macam ally iskandar tu. buat masa ni still loving2 lah kan.

kalau seorang lelaki yang kita kenal gitu-gitu je ajak kite kawen, agak agak boleh terima x?
alasanya, cinta boleh datang lepas kawen. duduk berasingan pn xpa, hujung mgu boleh jumpa. yang penting halal, walaupn duduk berasingan, bila jmpa xd dah risau dosa bila semua dah halal. 

rasa cair kejap kan kalau pmpuan dapat ayat macam ni.. 

huhuuhuuuu



Wednesday, February 15, 2012

kepochi jugak aku ni.

semalam aku xboleh tido. xd keje duk tgk la TL aku. dah lewat2 TL slow sikit. tapi banyak twitt dari rita rudaini n peminat dia lah. cakap pasal bob, azuan, gambar belakag. aku pn x puas hati nak tahu gak cerita apa yang dorang sembangkan tu.. huhuu... macam dah xd keje dah aku nak sebok hal artis kan..

aku pn calit sana, calit sini samsung aku ni then aku pn jumpa la apa yang dorang borakkan. acc twitter yang bernama bob azuan. 

fuhh!!!! terkejut beruk kot aku baca twitt dia. bahasa subhanallah. dia bukan random twitt kalau kot kot 'sapa makan cili dia yang terasa pedas' tapi dia twitt n reply twitt rita bersama fan dia. 

sebagai contohnye lah: 
fan: sabar lah kak, mungkin ada hikmah
rita: insyaalah
bob azuan: ko x kenal rita pandai berlakon bodohkan peminat. perangai perempuan ni %^&*#

aku pn x faham kenapa lelaki/perempuan ni bengang dengan simpati fan si rita rudaini tu. siap kata fan rita bodoh kot. terasa jugak aku.

yang aku nak gelak, tetibe dia mengaku jurugambar kepada si zaquan. padahal si bob azuan ni pernah twitt "esok start shoot ghafiri untuk tv al-hijrah...." mungkin bob azuan ni juru gambar peribadi kepada ayu+zaquan=azuan.. 

tup tup tup beautiful nara dah update blog pasal gaduh dorang ni.. sempat sungguh abang nara dalam pada dapat bby tu ye. padahal gaduh dorang tu x sampai ke hujung lagi.(nama bby boy abg nara Aariz. aku rasa abg nara peminat setia Aaron Aziz. tu pasal jadi Aariz)

lagi tup tup tup, bob azuan dah delete account twitter dia. hahaha... loser kot. 

jujur nye aku rasa macam bodoh je follow episod gaduh ni. tapi sumpah lawak. kalau di ikutkan logiknye,kalau ayu+zaquan=azuan ni bukan, mesti dorang dah melenting sebab macam dah burukkan nama dorang kan. kan????

aku ni bukan peminat setia rita. aku minat rita belakon tapi dah lama xnampak dia kat tv. kalau ikut kat minat aku kat ayu lebih lagi kot.. sebab gemersik kalbu baru je habis kan.

aku suka rita, aku suka ayu. bila dorang gaduh, aku pn suka baca. 

pada aku, artis ni semua orang pandang. so, jaga laku && jaga jari juga bila nak taip untuk tatapan umum.

wasalam. 

p/s= hairan dengan diri sendiri. sejak bila pandai jadi kepochi artis nih. 

Saturday, February 11, 2012

hospital

Tahun ini aku pasif sangat. masa memang totally duk kat rumah. dan rumah ke-dua aku adalah 'HOSPITAL'

last post aku ada kata yang staff at hospital ipoh unit paliatif sangat baik. yaa dorang layan patients macam family sendiri. 

last week adik aku no 2 (angah) pulak masuk ward di hospital selayang untuk minor operation. seminggu kami berkampung kat hospital. aku && angah. kami berdua. ramai org hairan. mana mak?? mak kami sakit, so saya lah jaga adik. tunggu dia kat hospital. 

jujur itu pengalaman pertama aku tunggu org sakit kat hospital. aku sendiri x pernah masuk ward. dan pengalaman aku menarik. indah. dan aku ingat sampai sekarang.

aku pn x pasti fenomena di hospital kerajaan dah berubah atau nasib kami mmg baik sebab dapat layanan baik. 

bukan apa, selalu aku dengar layanan dari 'misi' ni kasar. cakap nya garang. muka xnak senyum. ops!! :x

tapi pengalaman aku lain.

seminggu aku kat hospital, xd rasa lama pn. time balik rasa sayang ade lah. padahal bukan ade mamat or doctor hensem pn. haha. LOL. 

serious aku cakap, nurse kat sana mmg baik baik. xd marah marah. cakap elok je. macam kawan. senyum je. budak budak pelatih pn okay. nama pesakit pn dorang ingat. sumpah macam kawan. dengan yang si tukang tunggu pn dorang layan elok. aku lah tu.

kalau macam ni punya layanan, baru lah pesakit x stress. boleh cepat kuar ward. macam angah. sehari je lepas operation dah boleh balik. tapi x kata jugak, aku mmg salute kat adik aku sorang ni, die mmg kuat semangat. before masuk operation theater still boleh pose && senyum gurau gurau. kalau aku entah lah. 

berbalik pada nurse, seminggu aku duk situ, aku terdetik satu je. "banyak pahala dorang"
ye lah, berak, kencing, kahak, nanah, darah semua mereka hadap. yang tinggal keikhlasan mereka. ikhlas kah mereka. 

tapi aku rasa insyaAllah nurse kat ward itu banyak dah kot kumpul pahala. sebab, menyenangkan orang lain. dengan senyuman && layanan baik dari dorang. dorang menyenangkan hati orang sakit && si tukang tunggu ni. 

antara doa yang dimakbulkan Allah adalah doa dari orang sakit. kalau nurse baik, didoakan baik oleh patients. begitu juga sebaliknya. para jururawat seluruh dunia boleh pilih jalan mana yang nak mereka pilih.


Thursday, January 19, 2012

true LOVE

aku suka ikut mak pergi hospital. sebab di unit emak mendapat rawatan, aku dapat rasa apa itu bahagia, bersyukur, && tenang. walaupun kadang tu terpaksa menunggu berjam-jam.


di sana aku boleh nampak kasih sayang sejati.


antara suami && isteri. yang dah tua, tapi sangat loving.
antara anak lelaki && ibunya. tersangat hensem lah lelaki itu sebab dia tunggu ibunya. 
dan antara doktor nurse && pesakit serta keluarga pesakit. mereka sangat baik. tiada seumur 24 tahun hidup aku berada di unit hospital yang sangat ambil berat. ikhlas.


kat sana jugak aku belajar untuk bersyukur. 


ramai yang lebih kritikal dari keadaan kita.
aku juga bersyukur kerana Allah beri aku hati yang 'berhati perut'
dan aku berterima kasih kerana masih diberi kesempatan.


Alhamdulillah. .



Wednesday, January 11, 2012

Hello 24

24 tahun lalu, iaitu pada umur emak aku 26 tahun 5 hari, emak telah memberanak kan aku. dengan erta kata lain, today is my bufday. (actually; yesterday was my birthday. staring 10jan, when post 11jan)

thanks mum && dad for bringing me to this wonderful world. syukur alhamdulillah. dah 24 tahun dapat aku terus menyedut udara dan terus bernyawa kerana jasa n usaha kalian. TQVM!!

xd ape pn yang aku harapkan bufday tahun ni melainkan kesihatan mak semakin baik dan dosa aku selama 24 tahun ini diampunkan. itu sahaja. tapi ni x boleh beli && x boleh mintak orang bagi kan.

~bangun pagi lepas bg mak makan ubat~
mak: mak mimpi "c" telefon kamu
aku: huh?? (senyum tawar n terus bawak cawan pergi dapo)
dalam hati: harap mimpi mak jadi kenyataan

~my sis call~
angah: ada nak ape ape ke yong?
aku: imam muda sorang
angah: itu mintak dengan doa, bukan boleh bayo!!

24. jujurnya sikit pn aku xd excited naik umur 24 ni. rasa macam dah dewasa. tahap dah kene kawen. my mum pn kawen umur 24. but at this point aku wish ada kat tingkatan 4. 

secara logika nye mmg umur macam ni fikir pasal kawen. pasal anak. tapi aku dah ade anak kucen kira ok dah kot. kan??? 

stop lah pasal kawen kawen ni, kalau sampai jodoh mane tahu tetibe aku kawen dulu. haha. time tu aku sendiri pn jadi beruk sebab terkejut.

nway,,,,

thanks to Facebook sebab ada bufday alert tu. so boleh la aku dapat wish dalam agak ratus jugak. walaupn hanya HB (aku tetap reply TQ). HB cukup sekadar lepas syarat bila naik alert kat tepi tu kan. xkan lah dah nampak buat buat x nampak kan. hahaha.. kadang aku pn macam tu. nway thanks a lotssss lah. spend several seconds of ur life to write on my wall wish bufday. 

pada yang wish panjang umur, murah rezeki, diberkhati dan x kurang juga jodoh && doa untuk anak aku, aku amin kan jugak. tQ. 

wish agak oh emm geeee:
"hepi bufday miza...smga tabah menghadapi ujian dari Nya.."

&

"selamat hari jadi yg ke 24 to my only sister Cik Miza..smoge sihat slalu n dmurahkan rezeki..n smoge cpat kawen juge..x sbr nk ada ank sedare btol2x pnye..hehe =)"

&&

"happy birthday cik miza oii...bila teman nk dpt anak buah?..hehe all the best!! .. happy sllu..^_^"

&&&

"selamat hari lahir yong.. semoga yong dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kebahagian seumur hidup.. n semoga cepat bertemu jodoh.. umie ni dh tak sabo nk mkn nasi minyak yong... :)"


ameen ameeen ameeeen ya rabbal alameeeen..

thanks a lotssssssssssss for the doa.

Wednesday, January 4, 2012

dah sebulan, lebih sebenarnye aku berhenti kerja. tapi alhamdulillah sampai hari ni kawan-kawan office still call tanya khabar aku && mak. rasa sejuk hati orang still ingat kat kita walaupn kita dah tinggalkan dorang. 

kawan baik aku pun macam tu. itu lah kan yang dinamakan kawan. memang ipoh n tapah xd jauh sangat. 7ringgit 2posen je duit tol. tapi dorang datang jugak. buat semangat katanya. bahagia aku rasa. diploma je sesame, pastu masing2 buat hal sendiri. tapi masing2 dekat je kat hati. thanks. (:

keadaan mak alhamdulillah. makin sihat. makin segar. makin ceria. walaupum doc kata mak punya lung cancer dah tahap 3-4, tapi aku yakin mak boleh sembuh. kuasa Allah adalah segala-sagalanya. 

ada seorang jiran ni bila datang mejenguk mak aku rasa seronok. tambah kuat n macam bg harapan dengar kata-kata dia. makcik ni orang kelantan, manis je muka dia. husband dia cancer otak. doctor kata tunggu masa je nak meletup. keadaan cancer tu dah macam gunung berapi. kalau pecah akan mati. untuk buat pembedahan pun 10% je harapan berjaya. kalau x buat pembedahan tu, akan mati jugak. paling tidak kita mencuba -kata makcik tu. alhamdulillah, dah 2 tahun pn pembedahan tu berlalu. 

mula-mula dapat tahu penyakit si suami, mkcik ni jadi murung. langsung x mahu jumpa sesiapa. dia terus rasa dunia dia gelap. 
tetapi, pada awal perubatan yang buat dia kuat semula kerana ayat doctor macam ni. 
"Allah pilih kita untuk penyakit ni. kita kena bersyukur. kita insan terplih. Semuanya mesti ada hikmah"



Sunday, January 1, 2012

macam tak percaya je. rasa macam drama pn ade time doc diagnose mengenai penyakit mak. aku rasa macam nak pitam. berhenti nafas sekejap. allahuakbar. itu je yang termampu.


apa lah agaknya perasaan mak waktu dengar. aku tengok mak tunduk aje. 


subhanallah. aku mesti kuat. aku mesti kuat!!

Monday, December 26, 2011

berubah

dah dekat sebulan menghabiskan masa dengan mak. dalam kata laen, sudah sebulan juga lah aku di rumah. x bekerja. tapi aku bukan menganggur. kat rumah aku pegang banyak jawatan. mak kata aku misi, aku chef, && aku jugak bibik. 

tapi hakikatnya aku hanya memegang satu title; "ANAK" aku adalah seorang anak perempuan sulung yang hanya mempunyai satu emak.

mak aku seorang yang boleh cari duit sendiri walaupn ada seorang suami yang makan gaji. mak aku berniaga. mak aku seorang yang x boleh duduk diam. itu nak buat, ini nak buat. order tu ambil, order ni x boleh tolak. 

tapi ini semua dulu lah. dalam 2 atau 3 bulan dulu.

sekarang, hanya duduk dalam bilik atas katil. jika ada kawan mahupun saudara yang datang melawat juga akan ke bilik. mak x larat nak keluar. duduk x boleh lama.

"mak, walau apa pn yang kita dengan dari doctor, itu hanya teory. kita kene kuat tabah n berusaha kerana keputusan berada di tangan tuhan. insya-Allah mak baik nanti kita boleh pergi bercuti"

Monday, December 12, 2011

assalamualaikum~~~



dah lama dah x log-in sini
tengok tengok kawan kawan kat sini
nak start balik lah
rindu!!




bila ditengok tengok balik, almost half year x tengok blog. blog sendiri mahupun blog orang. rindu. 2 kali dah kata rindu.


last cerita pasal ayah. selamat hari ayah. padahal cerita aku sendiri dah banyak bertukar.


status pn dah berubah. dari student yang gile gile nak siapkan thesis sampai dapat result sampai dah convo dah pn. 
dari belum kerja sampai dah dapat gaji siap print payslips sampai lah dah tulis surat resign. ish ish ish.


cepat masa berlalu. macam macam yang terjadi dalam masa 6 bulan sahaja.


blog pn, bila jalan jalan tadi ada yg masih aktif macam dulu, ada yang duk takuk tu jugak dan ada jugak yang dah tutup.


6 bulan. 


agak-agak 6 bulan lagi apa jadi ngan aku ye??

Sunday, June 5, 2011

you to me are everything~~~

you to me are everything.. ececeh!! aku ulang balik tajuk kat atas tu.. witt witttt (sambil kelip2 mata ala gatal gitu) 

fuhhh!!

selisih malaikat 44 la kalau dalam masa terdekat ni ada nak buat entry ala2 "boleh tuju lagu?" tadeeekkkk

actually, "you to me are everything" ni tajuk movie philipphine. cerita ni okay lah. tapi x ada lah yang sangat menarik dan tertarik pn. just bila dah start tgk, mesti nak taju ending walaupn dah mmg dapat agak kan. cane aku boleh tertengok cerita ni pn entah lah, yang sure petang semalam jam 5pm xd cerita best kat saluran laen. kebetulan cerita ni baru start. so, tgk je lah. kat citra. lagipn dah lama x layan "mahal kitak" ni. asyik duk tgk endon ajeee!! syok punya layan, sampai terlepas "cinta melody" aku.

macam yang aku cakap tadi, nak kata cerita ni best sgt tu x. boleh agak. philipine, malaysia, indonesia.. lebih kurang je jalan cerita. melayu. cuma yang boleh aku cakap, cerita ni kalau nak dibandingkan dengan cerita2 kat malaysia ni, die bawah sikit lah dari cakerama (xsure betul ke tidak nak sebut) kat tv3. kira cerita kira bagus banget dari dorang! 

cerita kisah pasal seorang mamat kaya yang tetibe jatuh miskin sebab bapak die muflis! so, semua harta kene rampas dengan bank. pastu jumpa dengan seorang minah kampung (datang dari pergunungan) perempuan ni instant kaya. tetibe dapat harta warisan daripada bapak die yang baru mati. ooo baru die tahu rupa2 nya bapak dia kaya. nak dijadikan cerita, perempuan tu diberi rumah yang telah dirampas oleh bank dari lelaki tadi.. sangat boleh diagakkan cerita ni? satu malam laki tu mabuk, die lupa balik rumah pmpuan tu. start dari situ dorang jumpa.. pastu pmpuan tu mintak laki tu keje ngan die, pastu bercinta... pastu mmg ada konflik sikit, tapi kompom lah cerita ni happy eding. kawen!! betul x aku cakap tadi, cerita ni melayu..

pompuan ni mmg animal lover taw!

yang x melayu nye cerita ni adalah kerana, peremouan tu punya pet. die punya binatang peliharaan. selalu aku tgk org bela kucen ke, hanjing ke..  ni die boleh bela "SNOWY~~~" manja je cara die panggil biantang tu. memula aku tgk memang menjerit lah. aku rasa ni antara cerita pertama yang aku tgk org bela binatang ni punya sayang. sumpah aku geli. xd deria bau ke hape tah hidong deme ni. 

aku bukan nak kate lah, korang tgk sendiri kay...

aku rasa terhina sebab minat PINK! babi punya babi.
sumpah weh, binatang ni dalam cerita ni macam tuan puteri lah. berkasut, pakai skrit, dengan cermin mata bagai. tempat tidur die pn hebat. kira superb lah layanan binatang ni dapat. siap ada satu pembantu khas untuk jaga dia. ini baru betul-betul fuhhh!! tgk je lah heroin cerita ape punya eksaited dokong dia. boleh kata hampir semua  babak ada si snowy ni. yang paling x tahan bila binatang ni bunyi. eawww~~~~


agak2 kene samak x blog aku nih?? O.EM.GEEE,,,, O.EM.GEEEE (ala2 shuib sepah)

Wednesday, June 1, 2011

bila ramai yang ambil berat tentang kehidupan kita

berdasarkan kepada tajuk kat atas tu, rasa macam konon diri ini amat diambil berat oleh masyarakat sekeliling. padahal, ayat yang paling sesuai adalah "orang keliling suke sebok hal orang" haaaaa!!!! lega dah aku kuar ayat nih. huhuuuu

kalau before ni aku dukung anak orang, aku pergi kenduri sebok orang bertanya "bila lagi, bila lagi kak wa, bila nak kenduri, yong bila pulak" selalu kalau dapat soalan macam ni, mak tolong back-up kan. "hish, masak pn x reti lagi". walaupn agak terasa ngan jawpaan mak, paling tidak aku xpayah nak jawab pape. ikut suke aku lah bila nak kawen. bukan mintak duit kenduri kat korang pn. even aku x kawen sekalipn, bukan kome yang malu ye dak???? aku tahu, sebenarnye dorang ni prihatin. tapi aku mude lagi, anak kome yang gatei kawen awei sangat!! (keluar habis lorat negeri aku)

tapi sekarang laen pulak soalannya. lagi pedih dari yang kawen ni. seolah2 perli pn ade. soalan yang konon2 nye macam aku ni x elok lah. 

DAH KERJA??

peduli apa aku dah keje ke belum. bukan korang yang bagi aku makan. bukan rumah korang aku menumpang. aku x kerja sebab aku belum lagi nak kerja. x salahkan korang, korang mmg prihatin bangettt!!! bila korang tanya dah keje dah?? kalau dijawab "tengah cuti" disoal balik sampai bila.. budak degree cuti sampai bulan 9 lah. apa salahnya kalau aku pn nak cuti sampai september. kalau dijawab "result xkuar lagi" disoal balik dengan "bukan uitm kuar result bulan 5?" -u'all memang amek tahu hal sekeliling, tapi x up-to-date lah.. yang xtahan, siap ada yang persoalkan "bukan dah lama sangat ke kamu cuti??" ini mmg type yang sangat2 prihatin nih!! salute aku. tabik,,,tabik,,, spring lagik!!


memang aku dah duduk dekat rumah mak ayah aku ni (padahal rumah kerajaan) dah lebih setengah tahun. dari oct tahun lepas. tapi sebab aku practical kat kawasan sini. itu dikira study jugak lah makcik. tak paham aku. kenapa korang risau sangat aku yang x keje ni. mak ayah aku pn x bising aku ade je depan mata dorang. bukannya kalau aku keje nanti, aku nak bagi 1% out of my gaji tu kat korang.. xd. xd pernah terfikir pn. kalau betul korang beriya sgt2, meh la bagi keje kat aku!


jujur cakap, bukan aku xnak buat part-time. keje kat kedai2 ke, mane ke.. tapi dah dah pernah kerja. for every semester punya cuti aku dah kerja lah dulu. bagi lah can aku rehat pulak. aku rasa aku xperlu nak explain kat korang kan benda ni. korang siapa??? 


cukuplah kalau korang doakan dengan hati yang ikhlas tentang kerjaya aku kalau korang betul2 prihatin.


sekian saja bebelan saya untuk kali ini.


terima kasih!