Wednesday, April 20, 2011

boleh tempah jubah konvo dah!

dengan berakhirnya latihan practical kat bank rakyat tapah tu, haruslah mengerti bahawasanya riwayat saya sebagai seorang pelajar akan tamat tidak lama lagi. mungkin dengan lebih tepat lagi pangkat atau status itu akan berubah menjadi pengangur!! alahaiiiiii itulah yang paling seram sekali bila dah tamat belajar nih.

tapi bukan senang nak habis kan belajar, bukan setakat tamat practical boleh grad terus. ada yang lebih dan sebenarnye sangat besar dari itu. THESIS!! inilah benda yang merupakan nyawa bagi sem ni.

thesis = proposal + present + hardcover

dua dah lepas, satu lagi tinggal. yang sebenarnya, nadi untuk markah sem ni adalah thesis yang merupakan buku yang kulit tebal yang konon-konon nya macam dasyat giller le. tapi semua yang pakat takut dekat present! jujur cakap, present tu antara macam hidup dan mati lah.

setel present relax semua. macam lepas satu beban besaaaar punya atas kepala. padahal yang menunggu nya selepas present. tapi apa yang jadi, lepas present semua buat relax. termasuk lah yang sedang duk menaip nih. xmau nak datang mood untuk repair proposal tuh.  jadi malas macam mana tah. sukar untuk di gambarkan.

wargh!!!!! nak balik rumah. tapi ade lagi yang x setel. tapi yang betul nya adalah WARGHHHHHH NAK TENGOK SENJAKALA!!!!!

tapi demi thesis ku, xpe ku tepikan dulu senjakala. sebab rata2 kawan keliling x minat cerita ni. so, xd sesape lah yang eksaited nak tengok cerita ni. hope, kawan yang dekat rumah tu ada yang eksaited. tu yang nak balik rumah tu. kalau nk follow g GSC Pavi khamis ni mmg xd sempatnye lah.

lagi dilema hujung minggu ni: Bank Rakyat vs UiTM's kengkawan~~~
berat jugak keputusan yang nak diambil nih..... ermmm yang mana satu.

yang pasti sayang nak lepaskan kawan2 kat uitm ni. sebab konfem lepas ni jumpa lagi time konvo. lepas tu kenduri kawen lah. start dengan siapa dulu lah agaknya. harap2 aku. hahahaha!!!! memang berangan lah!

perpisahan!! mencik taw!

1 comment:

hamzah ian said...

tahniah2.. dah konvo eh..