Friday, March 4, 2011

lagi tentang perkahwinan...


tak habis-habis lagi tentang cerita kahwen.. tapi cerita kawen saya belum2 lagi nak diterbitkan disini.. bila la gamaknye kan.. huhuuu semua tu rahsia tuhan. tunggu je lah..


mengikut perkiraan, hari ni saya dah praktikal kat bank rakyat tu lebih kurang 4 bulan beberapa hari. dan hari ni dah 2kali saya dapat kad undangan ke majlis perkahwinan. undangan yang memula dulu saya dapat dalam beberapa hari selepas masuk. time tu x berapa kenal ngan orang lagi. belum mesra.. 


tapi kali ni, seronok dan eksaited lah dapat kad ni. rasa cam syok je nak pegi. sebab yang kawennye kira orang atas lah jugak. senang kata, supervisor saya. encik S yang garang dan selalu moody. hehe.... lepas ni mesti happy je. xd moody2 dah. kenapa saya rasa macam agak sure?? sebab lately die mmg good mood je. nak tegur. kalau lalu kat meja, nak la hye hye. kalau x, jgn harap. 


tadi dia mengedarkan kad kawen die. kat envelope tulis Cik Miza. okay. biasalah tu... nama rasmi saya selain dari nama dari kad pengenalan.. at first igt xnak bukak, tgk je dari yang laen.. sama je kan rupa kad nya, tapi macam x puas. nak tgk jugak yang saya punya kad. so bukak lah...


tuuuuuDiaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...... 


khas dari en S kepada student practical ke"sayang"an dia




lepas je tgk kad saya macam special je, saya tgk semua kad orang laen. semua tulis nama je. saya je yang ade "& PASANGAN". so, ape lagi. satu bank lah gelak. semua pakat duk kata, "miza g pasang ngan cik bob je lah." (cik bob tu bapak saya) sedih tahu... 


mula-mula mmg eksaited nak pegi. pegi ngan budak-budak bank laen lah. tapi, lepas baca je macam tu tulisnye... hadoi. rasa macam, kalau x pergi ngan pasangan rasa cam x kene pulak. 
tapi kalau nak g ngan pasangan, mana saya nak cari pasangannya????? kejam en. S ni... ikhlas ke x ajaknye. 


semua tahu saya mmg xd pasangan atau pun couple lah. dan dia boleh kata, "mana saya tahu.. saya ingat awak dah ....." -dah apa??? 


baru saya teringat, patutlah the last time saya mintak tolong die bawak g stesen bas, die kata "xkan berdua je kot. kita kan sama2 darah manis,, nanti teruk kereta saya kene hurung semut" - time tu  mmg saya x faham. apa kaitannya dengan saya. mana die dapat idea tuh?????? 


entah mane die dengar atau salah dengar. sah la tu. hish!!!!!


apa2 pun, congratesssss encik!!


p/s= kepada sesiapa yang nak bagi kad kawen lagi lepas ni, tolonglah jgn spesifik sangat untuk ruangan nama saya tu ye...

2 comments:

tubelawak said...

lepas ni kena tulis "miza dan sepasang baju" lah.. hahahahhahahah.. boleh kot?

Cik Miza said...

kalau miza dan sepasang kebaya ungu ke,, senag sikit nak g kenduri tuh..