Tuesday, December 7, 2010

rasa macam lama dah x membebel kat sini...

sangat lah lega. 

hari ni cuti sempena tahun baru, Maal Hijrah. salam muharam semua. salam tahun baru. selamat mencipta dan mengejar azam baru.

hari ni cuti, semalam kerja. alhamdulillah, saya redha dan terima semua ketentuan yang telah di tentukan tuhan. walau apa pn. dengan yakin, setiap kejadian pasti ada alasan yang telah di janjikan oleh-Nya.

hari ini awal muharam, semalam muka surat terakhir untuk buku catitan kita. terima kasih en. supervisor-ku untuk doanya...

doa akhir tahun benar-benar membuatkan saya tersedar. terima kasih tuhan kerana masih menyayangi-ku....


"Wahai Tuhan, aku telah melakukan perkara-perkara yang telah engkau tegah dan aku belum bertaubat daripadanya. sedangkan kau tidak redha dan tidak pernah lupa. dan aku tetap melakukannya dan kau mampu untuk menghukumku, tetapi kau mengilhamkan aku  dengan taubat selepas aku berani melakukan dosa-dosa itu. sesungguhnya aku memohon ampun dari-mu ya Allah. ampunilah dosa-dosa ku"


~~~salam maal hijrah~~~

2 comments:

Naufal said...

ayat entry kali best.. anyway, how's ur prActical??

Pencacai Alim said...

aku pon rasa lain je x dgr bebel ko