Sunday, November 28, 2010

macam mana boleh keluar air mata time org bersanding nih. habis celak comot!!

palamin angan ku musnah?? itukah lagu yang bermain di majlis kawen td?? nop!! xd kaitan ngn cerita nih..

yong darjah 5, kamu darjah 3.. kamu baru datang sini. sebab masalah family. kamu duk ngn opah. monyang kamu yang jaga. kat sekolah, kalau kamu nakal, yong ngadu kat opah kamu. mak lang kamu && mak yong same2 berniaga. boleh kata family kamu semua family yong kenal. dah macam family jugak lah kita ni... cuma mk ayah kamu, yong x penah tahu. mak kata, dah bercerai.

raya haritu, kamu datang ngn mak lang, ngn maz, isan ngan bibik sekali. sembang2 pasal kueh, pasal keadaan maklang sekarang &&& pasal kamu. yong x sangka kamu nak kawen hujung tahun nih.

balik cuti sem hari tu yong terus je tanye mak, jadi ke kamu kawen? mak kata 28 haribulan 11 ni.. alhamdulillah....

sepanjang minggu lepas, boleh kata hari2 yong sebut kat mak kata nak ikut g mengantar kamu kawen. sebab buat kenduri kat belah pempuan je kan... entah lah, rase nak tengok sgt kamu kawen. mungkin kerana kamu terlalu comel untuk jadi suami org kot. huhu~~~

kemarin nampak kamu, dari jauh menyegeh sampai ke telinga. igt kot sape lah. tahu lah nak kawen, seronok sgt....

&& tadi, pergilah kami sekeluarga mengikut rombongan untuk meraikan kamu...

tapi, kenapa muka kamu??? kenapa?? kenapa? macam ada something. susah sangat nak senyum. time bergambar pn, bila di suruh senyum baru lah nak senyum. itupun, alahai~~~ kenapa ngan kamu nih?

bila time menepung tawa, lagilah muka kamu tu x berseri langsung.. hey pengantin, mane lah boleh bermuka begitu.. org selalu atas pelamin, senyum je. x lekang2 tahu. kamu kenapa?? dah hensem2 dah, baju lawa2 tapi kenapa lah muka kamu tu masam sangat. 

mula2 opah kamu g menepung tawar. yong tgk muka kamu. baru lah yong faham kenapa. sabar lah pi... lepas tu, ramai2 suruh monyang kamu pulak. monyang x larat, sebab nya nak kena berpegang. kaki x berapa nak kuat. mula2 monyang x nak, pastu mak lang cakap, g lah opah. bg seronok die. cicit kesayangan onyang. dari kecik onyang yang bela.  time monyang menepung tawa kamu, yong x tahan tgk muka kamu. kamu menangis, yong pn ape lagi. memang x boleh tgk air mata org.. 

yong bisik kat mak, tanya mana mak ayah kamu?? jawapan - xdatang! what the fish punya parents. anak kawen x datang???? ya-Allah, patut lah rupa kamu sebegitu rupanya... sabar lah pi... 

yong doakan yang terbaik untuk perkahwinan kamu. tapi kamu boleh tgk kan, ramai lagi yang sayang kan kamu.. walaupn xd mak ayah, 12 kereta tau yang ikut meraikan kamu tadi. semua sayangkan kamu.

tapi yong still musykil.. kenapa ye kamu tadi. time nak balik tu, teruk sgt. kalau ye pn sedih, org balik jgn lah nages. bukan jauh pn. usah risau lah, esok lusa kompem jumpe lagi.. budak jantan yang sgt nakal time zaman sekolahnye, dah agak dewasa ni selembut gula2 kapas pulak hatinya. 

time balik singgah rumah maklang. mak lang cakap kat mak, 
"kak wa tahu, 2 3 hari sebelum ni, hari kamis hari tu, pi cakap xnak kawen. die dah nekat"
"yang tadi menanges sebelum balik sebab nak ikut balik"
"nikah semalam jenuh pujuk balik, xnak nikah"
"semua jadi kelam kabut. mak ayah perempuan tu mintak tolong sgt. kesian kat mak ayah perempuan tu je"
"pi kata, ada benda x elok die baru dengar tentang perempuan tu"
"pi kata, perempuan tu dah mula tunjuk perangai lepas bertunang. pi still sabar. tapi yang x tahan dan x boleh terima lepas tgk perempuan tu tengking mak ayah dia depan pi && maksu && paksu. dah kawen x tahu macam  mana die nak tengking pi"

patut lah, yang yong dengar sepanjang kenduri "bagi seronok pi. bagi seronok pi, bagi seronok pi" je x sudah2.. lepas tu "mengenangkan die je"

satu saja doa dan pesan yong. jangan sampai anak kamu nanti bernasib seperti kamu.

2 comments:

Anonymous said...

huhu..keciannya dy..moga2 dy bahagia ngn isteri dy tuh...

Pencacai Alim said...

amin...